Sunday, 20 October 2013

RM1.08 bilion wang PETRONAS 'cover' kerugian sebuah hospital mewah swasta...Orang kampung mai baca neh! Hospital terbaik di dunia...

Ahad, 20 Oktober 2013
PCMC rugi sejak penubuhannya pada tahun 2008

BONGKAR!!!...RM1.08 Bilion Lagi Duit Petronas Lebur Selamatkan Syarikat Swasta.

KUALA LUMPUR, 18 OKTOBER: Sebanyak RM1.08 bilion wang syarikat milik negara Petronas digunakan untuk menampung kerugian sebuah hospital mewah swasta, Prince Court Medical Centre (PCMC) sejak penubuhannya pada tahun 2008.

Lebih mendukacitakan, pembinaan hospital bernilai RM544 juta yang juga turut ditanggung Petronas tidak pernah mengalami keuntungan dan yang menyukarkan keadaan, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen boleh mendapat akses kepada status kewangan menyeluruh Petronas melainkan Perdana Menteri kerana tertakluk pada Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum.

Menurut Ahli Parlimen DAP Bukit Benhdera Zairil Khir Johari, pada tahun 2008 PCMC mengalami kerugian RM111 juta, RM192 juta kerugian pada tahun 2009 dan RM450 juta kerugian pula pada tahun 2010.

zairil (1)“Hingga tahun berakhir 31 Disember 2011, jumlah kerugian yang dicatatkan hospital mewah swasta yang ditanggung Petronas itu ialah RM1.08 bilion.
Fb Kita Bantai Dot Info shared Pejuang keadilan's photo.



Lagi berita GEMBIRA MENGHIBURKAN HATI RAKYAT
Petronas DILANUN lagi RM1000 juta dalam projek hospital BUNIAN.

Alang alang WANG Petronas tak payah AUDIT makanya wang petronas disapu oleh penyamun penyamun yang ramai duduk kat dalam pimpinan parti RASUAH iaitu umnu.

Hospital kemana... Wang LESAP..
Bab MELANUN serah kepada PAKAR..
Ok bye!
King Jason


Picture Of Prince Court Medical Centre
Pusat Perubatan Prince Court
MALAYSIA CENTRAL.com
PCMC diiktiraf hospital terbaik dunia
PUSAT Perubatan Prince Court (PCMC) telah dinobatkan sebagai salah sebuah hospital terbaik di dunia bagi sektor pelancongan perubatan oleh Medical Travel Quality Alliance (MTQUA) baru-baru ini.

MTQUA merupakan sebuah badan yang menggalakkan rawatan dan penjagaan yang berkualiti serta selamat untuk pelancongan perubatan di seluruh dunia.
Ketua Pegawai Eksekutif PCMC, Dr. Chong Su-Lin memberitahu, PCMC telah menerima beberapa pengiktirafan lain sejak tujuh tahun lalu, tetapi kali ini merupakan yang tertinggi.

Pengiktirafan ranking dunia itu telah diumumkan pada 8 Mei 2013 dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh MTQUA di Bangkok, Thailand dan Scottsdale, Arizona di Amerika Syarikat.
"Kami amat gembira apabila diiktiraf sebagai hospital terbaik di dunia oleh MTQUA bagi pelancongan perubatan dan kami amat menghargainya.

"Terima kasih diucapkan kepada syarikat induk PCMC iaitu Petronas kerana telah meletakkan kepercayaan terhadap PCMC dan pihak pengurusan sehingga mendapat pengiktirafan sebegini," katanya.

Kaedah perubatan terbaik
Menurutnya, pengiktirafan PCMC sebagai nombor satu di dunia bermakna pihaknya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar dan akan lebih komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga Malaysia serta pelancong perubatan dari seluruh dunia.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia, Dr. Mary Wong berkata, PCMC diiktiraf sebagai sebuah hospital terbaik dunia berikutan kemampuannya menyediakan kaedah rawatan perubatan yang terbaik.

"Bukan mudah untuk menjadi hospital terbaik di dunia kerana banyak negara di seluruh dunia mempromosikan perkhidmatan hospital masing-masing.
"Selain mempunyai perkhidmatan kesihatan terbaik, hubungan doktor dan pesakit juga rapat. Doktor meluangkan lebih banyak masa bersama pesakit dan ini mungkin kriteria yang membuatkan PCMC menjadi hospital terbaik," jelasnya.

Menurut Mary, tahun lalu jumlah pesakit asing yang mendapatkan rawatan di negara ini meningkat kepada 6,071 orang berbanding tahun sebelumnya iaitu 5,083 orang.
Pameran karya seni
Sementara itu, PCMC buat kali pertama telah membuka ruang untuk memaparkan karya-karya seni di kawasan permaidani hitam di lobi.
NORHAYATI menunjukkan sebahagian daripada karya seninya yang dipamerkan di lobi PCMC
"Saya harap paparan karya seni ini akan merangsang penyembuhan ke atas minda dan badan pesakit serta para tetamu.
"Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, penglibatan seseorang dalam bidang seni sama ada sebagai pemerhati atau pelukis boleh meningkatkan mood, emosi dan keadaan psikologi seseorang," kata Su-Lin.

Kira-kira 25 karya Sir Roy Calne bertajuk The Art of Giving telah dipaparkan awal bulan Mei lalu dan ia telah mendorong pelukis tempatan tampil dengan hasil karya mereka.
PCMC juga mempunyai doktor yang kreatif iaitu Pakar Bius, Dr. Syed Rozaidi Wafa.

Turut menghiasi dinding hospital itu ialah lukisan dari Galeri Petronas. Karya seni yang dipamerkan di lobi PCMC kini merupakan karya Norhayati Md. Yusoff daripada koleksi besar Galeri Petronas.
Norhayati yang juga ahli Persatuan Cat Air Malaysia telah mengambil bahagian dalam pelbagai pameran berkumpulan dan pernah mempamerkan hasil karyanya di Korea Selatan (2006) dan China (2008).

Kini, hasil karya seninya menghiasi dinding beberapa organisasi besar dan menjadi hiasan dinding rumah orang kenamaan di dalam Malaysia dan luar negara.
Posted by Tan Sri Ami Shah Maharaja Blog at 11:19 AM

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena