Saturday 26 October 2013

Kita Cemburu, TGNA Lagi Cemburu! - اَلْحَمْدُلِلّهِ Kerajaan Brunei Laksana Hudud

Sabtu, 26 Oktober 2013
Islamicmuslimwallpapers.blogspot.com
Tahniah Kerajaan Islam Brunei Darus Salam. Semoga negara kita mencontohinya...
Photo: Tahniah Kerajaan Islam Brunei Darus Salam. Semoga negara kita mencontohinya.
Fb Nasrudin Hassan
Kerajaan Brunei Laksana Hudud
Kita Cemburu, TGNA Lagi Cemburu
By Shahmuzir
Berita terkini mengenai Kerajaan Brunei akan melaksanakan hukum syariat Islam telah tersebar dengan mendapat respon yang pelbagai dari seluruh yang membacanya.  Tentunya bagi orang-orang yang beriman, berita ini disahut dengan puji-pujian kepada ALLAH dan takbir.  Alhamdulillah!  Allahu Akbar!

Genap 3 tahun, kini Oktober 2013, hasrat mulia Baginda Sultan Brunei untuk melaksanakan hukum syariat Islam (hudud) mulai terealisasi.  Berita video ini menunjukkan kepada kita akan perkembangan tersebut:

مَاشَآءَاللّهُ Ma shaa’ ALLAH!  اَللّهُ اَكْبَرُ ALLAHU AKBAR!
Ini menunjukkan betapa seriusnya Sultan Brunei terkadap kata-katanya yang beliau ucapkan pada Oktober 2011 yang lalu.  Bukan omong-omong kosong.  Bukan cakap-cakap atas angin.  Tapi ia didasari dengan iman dan political will yang kuat terhadap perlaksaannya.

2011 yang lalu…
“Siapa kita nak kata ‘tidak’ atau ‘tunggu’ (terhadap perintah syariat ALLAH)??!” – Sultan Brunei, 2011.

Begitulah ucapannya di dalam suatu majlis yang mana berita dan video mengenai itu boleh dirujuk di sini:
http://muzir.wordpress.com/2011/10/14/sultan-brunei-siapa-kita-nak-kata-tunggu/

Political Will
Inilah kesannya jika ada political will yang kuat terhadap melaksanakan syariat Islam.  Kalau ada pemerintah yang berasa dia hamba kepada ALLAH.  Dan kalau niat dan azam dalam hati betul-betul hendakkan Islam, maka akan terlaksanalah apa yang pada asalnya hanya hasrat dan cita-cita.  Kunci utamanya ialah political will, yakni hasrat yang kuat dari si pemerintah sendiri.

Bukannya seperti pemerintah yang berasa dia tuan kepada manusia.  Yang berasa dia pemimpin yang memiliki kuasa.  Jika dapat pemimpin yang sebegini, datangkanlah macam-macam usaha untuk tegakkan Islam, nescaya didirikannya tembok menyekatnya.  Astaghfirullah…

Kelantan sudah lama memperjuangkan hukum syariat Islam di Malaysia.  Sebelum Brunei lagi.  Lama dulu!

Tapi setiap usaha Kelantan dan pihak yang bersama dengan mereka telah ditolak ke tepi dan disusahkan.  Malah difitnah dengan pelbagai cerca.  Kerana apa?  Kerana pemerintah pusat tiada keinginan, tiada hasrat dan tiada political will hendak menegakkan hukum syariat Islam di Malaysia.

Kita Cemburu, TGNA Lagi Cemburu
Selain gembira dengan berita ini, tentu tuan/puan juga didatangi rasa cemburu di dalam qalbu.

Ya, kita cemburu!

Kalau kita kini berasa cemburu dengan kebaikan yang sedang subur mekar di Brunei, tentunya insan yang paling cemburu saat ini ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.  Jika saya dan tuan/puan sedang menangis menerima berita perlaksanaan hudud Islam di Brunei lantaran terharu, gembira, cemburu dan 1001 perasaan, tentu Tuan Guru lebih-lebih lagi.  Usaha beliau sampai hari ini tersangkut dek kemunafiqan manusia.

Beliau bersama saf kepimpinan parti PAS serta kerajaan negeri Kelantan telah banyak meletakkan usaha dalam cuba menjadikan ia suatu realiti.  Sudah bertahun-tahun lamanya.  Namun, diketepikan.  Semoga penat lelah itu diganjari ALLAH Yang Maha Kaya dan Maha Pemurah.  Dan semoga suatu hari ia berhasil jua, in shaa’ ALLAH.

Didoakan mudah-mudahan ALLAH memberkati Brunei atas usaha mulianya itu.  Juga buat Kelantan sebuah negeri dalam Malaysia yang tidak berhenti memperjuangkan hukum syariat Islam agar ia tertegak di Malaysia.  Dan semoga ALLAH memberkati semua pihak yang memperjuangkannya.

Sudah tentunya doa kita semua buat negara kita tercinta Malaysia, agar keberkatan ALLAH melimpahi setiap makhluq yang mendiaminya, amin…

Sama-sama menuju wawasan “baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur…” !

ALLAH MAHA BESAR!
- muzir.wordpress.com/October 23, 2013

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena