Wednesday 23 October 2013

TGHH: Tiada tindakan terhadap Husam (Pas Kelantan sedikit berombak ekoran teguran Husam Musa)

Rabu, 23 Oktober 2013
KEKAL SUNGAI LIMAU
Abdul Hadi kata tiada tindakan terhadap Husam
Pertemuan Pas Pusat dengan Husam, Pas Kelantantan.
Presiden Pas Abdul Hadi Awang menjelaskan tiada tindakan terhadap Husam Musa selepas beliau mengadakan pertemuan tiga pihak, Husam Musa, Pas Kelantan dan Pas Pusat di Kota Bharu semalam dalam membincang dan berjumpa untuk menghuraikan gelora yang berlaku dalam Pas Kelantan sehari dua ini.

Lautan Pas Kelantan sedikit berombak ekoran teguran Husam Musa di Dun Kelantan yang menyentuh soal kelemahan pentadbiran serta salah laku pegawai tertentu di pejabat Menteri Besar.

Terkejut sedikit apabila mendengar jawaban demikian dari Abdul Hadi. Apakah ada pihak yang mahu Pas mengenakan sebarang tindakan ke atas Husam ekoran kritikan beliau di dalam sidang Dun baru-baru ini? Mungkin ada, kalau tidak masakan Abdul Hadi memberi penjelasan begitu.

Kenyataan Abdul Hadi itu kontras (jika ada yang mahu Husam disabitkan dengan sebarang kesalahan) apabila presiden Pas itu mengatakan kritikan Husam itu perkara biasa sahaja dan tidak menjejaskan kedudukan pentadbiran Kelantan.

Dalam kata lain Abdul Hadi dapat menerima teguran Husam itu untuk kebaikan pentadbiran kerajaan Kelantan dan bertindak biajsakana. Beliau juga dapat membaca nawaitu Husam yang melakukan sesuatu yang perlu diberikan perhatian demi mengekalkan kredibiliti kerajaan Pas Kelantan.

Husam yang hadir dalam pertemuan itu juga dilaporkan berkata senang dengan pertemuan itu walaupun beliau khabarnya disinis hebat. Tiada seorang pun yang cuba mempertahankannya. Manakala jelas Tuan Ibrahim Tuan Man pula yang juga turut hadir pertemuan itu berlangsung dengan baik sebagai anak beranak.

Tokguru Nik Abdul Aziz bagaimana pun tidak hadir. Mereka lain yang hadir ialah Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Msutapa Ali, Dr Mohd Hatta Ramli, Ahmad Yaakub, Mohd Amar Nik Abdullah, Zulkefli Mamat dan lain-lain.

Persoalan kini sejauh manakah pertemuan bertujuan menghuraikan permasalahan di Kelantan dapat diatasi? Apakah semua pihak berpuas hati? Tidakkah selepas berakhir pertemuan itu akan ada lagi 'sok sek sok sek' dari pintu belakang? Janganlah hendaknya ada yang cuba menambah atau memberi gambaran yang huduh dan menganggap yang bukan-bukan. Selalunya keadaan jadi bertambah rumit bila ada spekulasi liar untuk memburukkan mana-mana pihak.

Misalnya sebelum berlangsung pertemuan itu sudah ada orang yang memberi maklumat kepada akhbar arus perdana yang kemudian membuat provokasi huduh mengenai pertemuan itu yang membayangkan Husam akan dikenakan tindakan. Mereka yang bertanggungjawab memberi tahu wartawan berkenaan boleh dianggap sebagai musuh di dalam selimut, orang yang mungkin bersubahat dengan Umno.

Walaupun perkara itu kecil elok kalau Pas menyelidiki dan mengenali siapakah orang yang berlidah panjang itu yang menjadi penghubung antara Ibu Pejabat Pas dengan akhbar di Jalan Riong itu. Kalau ia didapati benar Pas jangan teragak-agak untuk mengambil tindakan kerana tidak ada guna menyimpan gunting dalam lipatan kerana ia merbahaya kepada parti.

Atas pengalaman dan maklumat yang saya perolehi saya sedia memberi kerjasama dalam hal ini bagi mengesan pemberi maklumat itu. Tindakan tegas penting kerana selagi ada orang bersifat tali barut atau tidak tahu membungkus mulut selepas memakan petai atau pekasam, Pas akan senantiasa terdedah kepada pengetahuan musuh menerusi makenisme yang halal disebabkan ada orang yang berperangai buruk. [wm.kl.5:07 pm 23/10/13]
Posted by mso.im at 5:15:00 PM  

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena