Sunday 27 October 2013

Bapa Jamil Khir Baru Bayar Yuran Ahli Pas Bulan Mei Lalu...Gitu Ka! (kerana dia adalah ahli Pas)

Ahad, 27 Oktober 2013
Gitu Ka!...



Bapa Jamil Khir Baru Bayar Yuran Ahli Pas Bulan Mei Lalu..
JERAI: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dinasihatkan agar bersikap lebih matang dalam berpolitik dan tidak wajar mempersoalkan keikhlasan seseorang. 

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz mempersoalkan keikhlasan PAS apabila bertindak pantas memuat naik gambar mereka menziarahi bapa Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika berkempen Khamis lepas. 

"Mukhriz mempersoalkan saya dan calon PAS apabila memuat naik gambar ziarah Pak Ngah Baharom itu di dalam FB.

"Saya hairan apabila kita sudah ada kemudahan, dan muat naik dalam tempoh segera pun dipersoalkan. Ini menunjukkan kemajuan internet yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PRK N20 Sungai Limau.

Mahfuz turut membidas anak bekas Perdana Menteri itu yang diberi liputan meluas oleh media arus perdana apabila hanya turun ke pekan sehari di Bukit Besar.

"Saya nak tanya dia (Mukhriz) ikhlas ke melawat Pekan Nat (pekan sehari), masuk dalam TV3. Ikhlas ke dia pergi ke sana?

"Muhyiddin tu ikhlas ke datang Sungai Limau, hari ini dia datang sini. Kalau tidak ada PRK tidak ada mini RTC dan karnival Kerja Sungai Limau," katanya.

Menurut Mahfuz, PAS melawat bapa Jamil Khir itu kerana dia adalah ahli PAS dan banyak menyumbang kepada parti.

"Tidak salah untuk kita menziarahi orang tua yang uzur, lagipun beliau ahli PAS. Bulan Mei baru ni dia bayar yuran ahli, tak pernah 'miss'. Pergi ziarah siapa pun dan muat naik di FB ikut sukalah, tidak perlu persoalkan," katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz sekali lagi membidas Mukhriz daripada beliau asyik mempersoalkan keikhlasan orang lain adalah lebih baik beliau membuat keputusan segera untuk mengisytiharkan cuti umum pada hari mengundi 4 November ini.

Katanya, cuti umum itu diperlukan bagi memudahkan pengundi yang berada di seluruh negeri kedah dan bekerja di luar boleh menunaikan tanggungjawab mereka dengan selesa pada hari itu.
Posted by Jeebond BLM at 12:59 pm

Jamil Khir kata bapanya hanya amin doa
Ahmad Fadli KC
12:41PM Okt 27 2013

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menafikan dakwaan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar bahawa bapanya Baharom Ramli mahu PAS menang dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

Katanya, bapanya tidak menyatakan sedemikian dan hanya mengaminkan doa ketika kunjungan Mahfuz dan calon PAS Mohd Azam Abd Samat, ke rumah tersebut di Kampung Sedaka, Kedah.

Jamil Khir mendakwa, tindakan pemimpin parti terbabit tidak mengikut adab kerana membaca doa untuk PAS semasa menziarah.

"Itu Mahfuz yang kata, tak ada pun Haji Baharom sebut begitu," katanya yang menyifatkan dakwaan PAS sebagai “mainan politik yang sangat rendah”.

Menurutnya, tindakan PAS itu menyebabkan bapanya, 77, yang lumpuh akibat serangan angin ahmar sejak tiga tahun lalu kini dalam keadaan tertekan.

"Bapa saya pun ada sebut dia tertekan dari sudut moral. Bila orang ziarah orang baca doa, dia pun tak tahu apa orang itu hendak sebut dia tolong aminkan saja.

"Bila begitu dia (PAS) kata bapa saya baca doa (untuk PAS) pula... Ada ke pergi rumah orang pi bagi kenyataan media di pintu rumah orang. Adab pun dah tak betul," katanya lagi.

Ditanya lanjut, Jamil Khir bagaimanapun enggan mengesahkan mengenai keanggotaan bapanya dalam PAS dan hanya menyatakan bahawa ia satu dakwaan Mahfuz.

Harakahdaily pada hari Jumaat lalu melaporkan kenyataan Mahfuz bahawa Baharom, mendoakan agar PAS terus menang di Sungai Limau dan berhasrat untuk bertemu timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.Mk.


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena