Friday 25 October 2013

Video Terkini! اَلْحَمْدُلِلّهِ Ayah Jamil Khir tetap sokong PAS... (walaupun Jamil Khir ahli Umno namun Baharom tetap bersama PAS )

Jumaat, 25 oktober 2013
Berharap agar PAS terus menguasai Dun Sungai Limau 
Baharom merupakan ahli PAS dan pernah memegang beberapa jawatan dalam PAS Kawasan Jerai turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
JERAI: Di Kedah dan Kelantan, ayah dan anak berlainan parti adalah fenomema biasa. Kalau anak seorang menteri Umno tetapi ayahnya penyokong PAS tegar merupakan perkara yang pelik di Kedah.
Tetapi itu yang berlaku di Kedah apabila ahli parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir tidak satu parti dengan ayahnya, Baharom Ramli.

Baharom Ramli, 77, mendoakan agar calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.
Beliau merupakan ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir yang diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu menerima kunjungan Ustaz Azam dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Kampung Sedaka, semalam.

Beliau yang gembira dengan kedatangan rombongan PAS itu turut berharap agar PAS terus menguasai Dun Sungai Limau dan meneruskan apa yang ditinggalkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abd Razak.

Baharom merupakan ahli PAS dan pernah memegang beberapa jawatan dalam PAS Kawasan Jerai turut menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Jelas Mahfuz, Baharom merupakan ahli PAS yang setia dengan perjuangan parti dan banyak bantuan diberikan bagi memastikan PAS Kawasan Jerai dapat bergerak dengan lancar.

“Sehingga sekarang beliu masih menjadi ahli PAS dan setiap tahun sentiasa membayar yuran.
“Dan sewaktu berbual dengannya, beliau turut mendoakan agar calon kita, Ustaz Azam dapat memenangi kerusi Dun Sungai Limau agar apa yang ditinggalkan Allahyarham Ustaz Azizan dapat diteruskan,” jelasnya.

Mahfuz memberitahu, walaupun Jamil Khir ahli Umno namun Baharom tetap bersama PAS dan sentiasa mengikuti setiap perkembangan PAS sama ada di peringkat negeri mahupun pusat.
Katanya lagi, kunjungan itu bukan untuk mengambil kesempatan atas suasana pilihan raya, tetapi atas dasar sahabat lama.FMT.
Jamil Khir ajak pengundi Sungai Limau berhijrah
FMT Staff  | October 25, 2013
Sudah tentu dengan kedudukan ini beliau mahu pentadbiran Parlimen selaras dengan DUN
JERAI: Ketua Umno Bahagian Jerai yang baru, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengajak para pengundi Sungai Limau berhjirah daripada mengundi PAS kepada mengundi BN sempena Maal Hijrah pada 5 November.

Katanya, kita nak pakejkan Maal Hijrah itu disambut lebih awal di DUN Sungai Limau.
“Kita mahu pengundi berani berhijrah dan saya letakkan harapan tinggi kerana saya adalah Ahli Parlimen Jerai,” kata beliau dalam satu wawancara khas dengan sebuah akhbar harian.

Katanya lagi, sudah tentu dengan kedudukan ini beliau mahu pentadbiran Parlimen selaras dengan DUN bagi membolehkan kita melaksanakan program berbentuk kerohanian dan spiritual demi kesejahteraan penduduk Sungai Limau..
MUKRIZ PENING KEPALA...PRK SG.LIMAU...APA PUNCANYA

Mukhriz kesal ayah Jamil Khir jadi modal PAS

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kesal apabila PAS dilihat cuba mendapatkan kelebihan politik dengan ziarah mereka ke rumah ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu di Kampung Sedaka, semalam.

Menurutnya, timbul tanda tanya terhadap keikhlasan ziarah yang dilakukan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat apabila berita lawatan itu disiarkan serta-merta dan dilakukan dalam tempoh berkempen.

"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya apa niat beliau apabila dia melawat ayahanda Datuk Seri Jamil Khir Baharom tetapi ambil gambar dan terus dimuat naik.

"Jadi hari ini kita tertanya-tanya tujuannya," katanya pada sidang media di bilik gerakan BN petang tadi.

Harakahdaily hari ini melaporkan Mahfuz dan Azam semalam menziarahi Baharom Ramli, 77 tahun yang telah sakit diserang angin ahmar selama tiga tahun.

Lidah rasmi PAS itu melaporkan Mahfuz memberitahu yang Baharom mendoakan agar PAS terus menang di Sungai Limau dan berhasrat untuk bertemu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Bercakap lanjut dalam sidang media sama, Mukhriz berkata BN juga ada melakukan ziarah hormat kepada balu almarhum Tan Sri Azizan Razak namun mereka tidak pula cuba untuk mendapat sebarang liputan media yang meluas tentang tindakan itu.

"Kalau kita nak cakap ikhlas, malam sebelum penamaan calon (selepas pengumuman calon BN) saya dah bawa calon kita buat kunjungan kehormat ke rumah Puan Seri Faekah selama dua jam.

"Saya perkenal calon kita, maklumlah tempat ini tempat almarhum Tan Sri Azizan.

"Saya tak ada pula nampak gambar dari pertemuan itu dimuat naik.
"Tak ada pula saya gunakan itu sebagai modal kempen," katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melawat bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sewaktu pilihan raya kecil Bagan Pinang berlangsung.Gambar lawatan tersebut dicetak pada poster dan dijadikan bahan kempen BN pada lawatan itu.

APA MASALAHNYA AYAH JAMIL KHIR PUN AHLI PAS.....

DENGAN KENAIKAN HARGA GULA DALAM BAJET 2014....MULAI ESOK PUN UMNO JENUH LE.....NAK JAWAB.......

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena