Thursday 31 October 2013

Video Breaking news!!! Flat PKNS, Jalan Kerinchi...Terbakar!

Khamis, 31 Oktober 2013
Kira-kira enam unit rumah Flat PKNS, Jalan Kerinchi musnah dalam kebakaran
ENAM buah rumah di tingkat 17 Flat PKNS, di Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur, musnah dalam kebakaran jam 4.40 petang tadi. Gambar ini dirakam dari Menara Telekom di Jalan Pantai Baru. - Foto oleh pembaca BH, Alia Zulasmin

KUALA LUMPUR: Kira-kira enam unit rumah di tingkat 17, Flat PKNS, Jalan Kerinchi di sini, musnah dalam kebakaran pada kira-kira jam 4.40 petang tadi.

Anggota Bomba dan Penyelamat baru tiba di tempat kejadian pada kira-kira jam 5.36 petang kerana tersekat dalam kesesakan lalu lintas.

Setakat ini, belum dapat dipastikan jika ada mangsa yang cedera dalam kejadian berkenaan.
Api masih lagi marak ketika ini.
Sementara itu, kejadian kebakaran berkenaan dapat dilihat dari tingkat empat, Balai Berita, Bangsar.



Fb Jason King

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena