Thursday 31 October 2013

Adoi, Sakitnya Hati: Pengawal Keselamatan Bersenjata Merompak Kedai Emas yang dijaganya!...Guna IC palsu lagi!

Khamis, 31 Oktober 2013
 Suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan..
PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis.

Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu.

Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan.

Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan..
Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya.

Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan.

Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluarga suspek dan usaha mengesan pengawal keselamatan berkenaan masih giat dijalankan.

Suspek juga dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan alamat terakhir di Tawau, Sabah ~ mStar/Posted by Anak Sungai Derhaka at Thursday, October 31, 2013 

Dah agak dah.. 

Dah agak dah.. isu ni jadi macam isu tembak tembak.. hari2 dihidangkan dengan berita guard.. ic palsu..rompak..

Semua ni nak hilangkan isu gula, gst, harga minyak.. nak bagi licin kempen Sg Limau..

Tu diaaa....

Photo: Dah agak dah.. isu ni jadi macam isu tembak tembak.. hari2 dihidangkan dengan berita guard.. ic palsu..rompak..

Semua ni nak hilangkan isu gula, gst, harga minyak.. nak bagi licin kempen Sg Limau.. 

Tu diaaa....
Fb King Jason

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena