Thursday 24 October 2013

BN dikesan menawarkan habuan kewangan kepada para pengundi - Mahfuz Omar

Khamis, 24 Oktober 2013
Photo: terbaikk kempen ni bro.. mohon lekat kat semua tiang dan rumah macai2 umno hihi

Kempen beli undi cemari PRK Sg Limau

JERAI: BN dikesan menawarkan habuan kewangan kepada para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau dengan mensyaratkan pengundi menunjukkan rakaman gambar kertas undi yang telah dipangkah sebagai bukti telah mengundi parti itu.

Sehubungan itu Pengarah PRK Sungai Limau, Dato'  Mahfuz Omar mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis bertindak segera menghalang tindakan tidak beretika BN itu dan menyifatkannya sebagai budaya politik  kotor yang perlu dicegah.

Tindakan membeli undi ini, jelas beliau melanggari hak asasi pengundi untuk memilih secara bebas serta melanggari prinsip-prinsip asas demokrasi.

"Saya mengingatkan semua pihak khasnya Umno-BN bahawa kami mahukan suasana  damai, harmoni dan sejahtera agar semua pengundi diberikan ketenangan membuat pilihan yang bermaklumat, " ujarnya dalam sidang akhbar di Markaz Besar PRK Sungai Limau, dekat sini, pagi tadi.
PAS juga jelas Mahfuz, telah bergerak bersama panel peguamnya untuk memantau secara terperinci perkara tersebut dan bersedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan adil dan saksama.

Mengulas tentang prestasi Kerajaan Negeri Kedah yang diterajui Menteri Besar, Dato' Mukhriz Mahathir, beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, rakyat Kedah belum melihat perancangan kerajaan baru untuk membangunkan negeri sebaliknya masa banyak dihabiskan bagi menangani urusan pemilihan parti.

"Sebagai Menteri Besar, Dato' Mukhriz perlu memberikan fokus kepada hal rakyat teramai bukan menghabiskan masa menangani urusan pertandingan dalam parti, " jelasnya.

Kerajaan BN negeri juga, ujar beliau tidak menghargai usaha kerajaan negeri penggal lalu yang telah mewujudkan kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil yang serba lengkap dan moden.

Malah beliau menyifatkan pemimpin Umno negeri sebagai tidak menghormati Yang di-Pertua Agong yang telah merasmikan kampus tetap Kuin apabila mengarahkan para pelajar dan kakitangan Kuin berpindah ke kampus asal di Alor Setar yang serba kekurangan. [HD]

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena