Friday 25 October 2013

Pengawal Keselamatan "haram" : DS Nizar mengharapkan mereka yang bersalah dihukum...

Jumaat, 25 Oktober 2013
DS Nizar turut serta memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarhamah Puan Norazita 

Kampar,24 Oktober-Dato'Seri Nizar Adun Changkat Jering,merangkap Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merakamkan ucapan takziah kepada suami,anak-anak dan kaum keluarga Allahyarhamah Norazita Abu Talib.DS Nizar mengharapkan mereka yang bersalah dihukum .Beliau juga mendoakan semoga roh Allahyarhamah Norazita Abu Talib ditempatkan bersama orang soleh dan beriman.

DS Nizar turut serta memberi penghormatan terakhir ke atas jenazah Allahyarhamah Puan Norazita Abu Talib Pegawai Bank Ambank yang dibunuh kejam oleh Pengawal Keselamatan "haram" sebentar tadi.
Jenazah Allahyarhamah Puan Norazita selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kg Air Itam Labu, Kampar Perak.

Sanak saudara,sahabat handai dan jiran tertangga turut menzahirkan perasaan simpati .Memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhaman Puan Norazita Abu Talib di tanah perkuburan Kg Air Itam Labu,Kampar,Perak.
Sisi Bukit
SUAMI MERAYU AGAR DI HENTIKAN SEGERA MENYEBAR GAMBAR DAN VIDEO NGERI ARWAH ISTERINYA YANG KENA TEMBAK OLEH PENGAWAL KESELAMATAN
KUALA LUMPUR – Suami kepada pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib yang mati ditembak pengawal keselamatan bank itu sendiri merayu orang ramai agar berhenti menyebarkan gambar arwah isterinya selepas kejadian itu di Internet.

Irwan Kamarudin, 37, berkata, tindakan pihak-pihak terbabit yang menyebarkan gambar tersebut menerusi laman-laman sosial bukan sahaja tidak menghormati sensitiviti malah menambah kesedihan beliau sekeluarga.

“Saya meminta jasa baik pihak-pihak yang menyebarkan gambar isteri saya supaya mengeluarkannya kerana ia hanya menambahkan keperitan kami sekeluarga yang sedang bersedih dengan pemergian arwah,” katanya ketika ditemui di pekarangan rumah mayat Hospital Serdang di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang semalam, Norazita maut akibat ditembak di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank itu sendiri di Jalan USJ Sentral 2 sebelum melarikan sejumlah wang dari bilik kebal bank tersebut.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun sejurus pintunya dibuka.

Beberapa jam kemudian gambar di tempat kejadian yang menunjukkan keadaan mangsa yang berpakaian baju kurung merah terbaring dengan keadaan wajah yang mengerikan akibat terkena tembakan itu tersebar di laman-laman sosial.

Malahan hari ini rakaman video kejadian itu pula tersebar.

Anak arwah, Nurnisa Nabilah, 12, pula berkata, semalam adalah pertama kali ibunya tidak menghantar dia dan adiknya, Mohd. Hazimy ke Sekolah Kebangsaan Subang Bestari kerana kesuntukan masa.

“Selalunya mama yang hantar kami ke sekolah tetapi pagi semalam mama nak cepat ke pejabat, jadi ayah yang hantar kami,” katanya, menurut sumber Utusan.

Nurnisa turut menyifatkan ibunya seorang yang penyayang walaupun tegas dan garang dalam mendidik anak-anak.

“Walaupun mama garang tetapi saya sangat rapat dengan mama. Saya sayangkan mama saya,” katanya lagi sambil menitiskan air mata.Posted by OMAK KAU

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena