Tuesday 29 October 2013

Kerajaan BN beli gula mentah MAHAL punca subsidi dipotong...

Rabu, 30 April 2013
Petugas pemadam kebakaran memadamkan api di gudang gula milik Copersucar yang terbakar (AFP/Ricardo Noguera)
Gudang Gula Mentah Terbakar di Brasil
Pemadam kebakaran berjuang memadamkan api di sebuah gudang gula yang terbakar di pelabuhan Santos, Brasil (18/10/2013). Kebakaran tersebut menghancurkan hingga 300.000 ton gula,  gudang yang terbakar tersebut milik Copersucar pedagang gula terbesar di dunia. REUTERS/Paulo Whitaker/ip /SABTU, 19 OKTOBER 2013 03:03 WIB
Foto:  Azman Ayub

Kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi...
Tony Pua

Pengurangan subsidi gula sebanyak 35 sen setiap kilogram yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Bajet 2014 adalah disebabkan kerajaan telah menandatangani perjanjian mengimport gula mentah dengan harga yang terlalu tinggi, kata DAP.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua (gambar) berkata pada Januari 2012, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Penggunaan dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan bahawa kerajaan menandatangani perjanjian tiga tahun untuk mengimport gula mentah dengan harga US$26 setiap 100lbs berbanding harga pada ketika itu, US$23.42.

“Saya telah mengeluarkan kenyataan mengkritik kerajaan ketika itu kerana kerajaan membeli gula mentah dengan harga lebih mahal daripada harga pasaran.


 “Perbezaan harga kontrak melebihi 10% daripada harga pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM64 juta setiap tahun. Saya juga pada masa itu telah menyarankan kepada kerajaan bahawa laporan penganalisis antarabangsa meramalkan harga gula akan menurun akibat pengeluaran gula mentah yang terlampau tinggi.


“Tetapi, perkara ini tidak dihiraukan oleh kerajaan malah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir membidas dengan berkata harga gula mentah dunia dijangka terus meningkat pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Pua berkata sejak Januari 2012, harga gula antarabangsa telah menjunam sehingga serendah US$16.70 setiap 100lbs pada September 2013 dan itu bermakna kerajaan telah membeli gula 55.7% lebih tinggi daripada harga pasaran bulan lalu.

Katanya, kerajaan perlu bertanggungjawab kerana telah membuat keputusan tidak wajar dan menyusahkan rakyat Malaysia.

“Ismail pada Januari tahun lalu bersikap angkuh apabila berkata 'biar saya ingatkan kamu bahawa kerajaan adalah bijak' kerana menandatangani perjanjian tiga tahun tersebut. Namun ia membuktikan keputusan tersebut adalah salah dan amat merugikan Malaysia.

“Kerajaan tidak boleh terus menggunakan alasan tidak munasabah untuk menjelaskan kenaikan harga gula.
“Punca kenaikan harga gula disebabkan kerajaan mengimport gula mentah bagi pihak pengilang gula dengan harga jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Kerajaan perlu mengaku kesalahan yang dilakukan dengan menyiasat punca gula mentah diimport dengan harga lebih mahal dan mengumumkan dasar pemulihan yang akan dilaksanakan agar perkara yang menambahkan beban rakyat tidak akan diulangi pada masa hadapan,” katanya.
TMI
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 10/29/2013 09:48:00 PTG  

1 comments:

hisemudinkasim.blogspot.com said...

Permit untuk mengimport gula mentah diberikan kepada kilang-kilang pemprosesan gula sahaja. Kerana gula mentah perlu ditapis menggunakan teknik centrifugal machine bagi menyahkan unsur-unsur asing dalam kandungan gula.

Kini Malaysia menggunakan 1.3 juta tan gula setahun, malah keempat-empat kilang gula di Malaysia mampu untuk memproses sehingga 2 juta tan gula setahun. Perlukah kita ada lagi kilang gula ?

Kalau rasanya Tony Pua dan rakan-rakan fikir dari sudut ekonomi dan pelaburan berbaloi nak buat sebuah lagi kilang gula, cubalah memohon permit import gula dahulu. Yakni pecahkan monopoli pemprosesan gula. Belum cuba, belum tahu ! Buatlah homework dgn proposal yang kaw-kaw !

Cuma di Sarawak, kerajaan telah memberikan permit kepada Admuda Sdn Bhd untuk mendirikan kilang memproses gula bagi keperluan Sabah & Sarawak.

Sekarang setelah industry gula dimiliki oleh orang-orang Melayu khasnya Felda Global Ventures (FGV) dan Tradewinds. Mengapa baru sekarang nak dipertikaikan kebolehan orang Melayu dalam industry ini, sedangkan sejak awal tahun 1960an lagi, Robert Kuok menjadi Raja Gula Malaysia yang berketurunan Cina tidak ada siapa pula yang mempertikaikan dari sudut pemilikan Melayu atau Cina.

Apakah dengan “monopoli” oleh keempar-empat kilang proses gula itu maka gula mahal ? Cuba bandingkan harga gula di negara-negara jiran yang juga pengeluar gula seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Apakah rakyat mereka mendapat harga gula yg lebih murah dari Malaysia ?

Thailand menduduki tangga ke 4 dalam carta pengeluaran gula dunia, bahkan Malaysia membeli 14% daripada keperluan gula negara daripada Thailand. Sepatutnya Thailand boleh menjual serendah RM1.00/kg kepada rakyatnya. Tanya Tony Pua, berapa harga gula di Thailand ?

Tony Pua mengatakan kerajaan beli gula dengan harga yang mahal di pasaran. Betul ke begitu ? Dalam mekanisma pembelian gula di peringkat antarabangsa dilakukan melalui broker di New York Mercantile Exchange (NYMEX) dan Intercontinental Exchange (ICE) yang terletak di New York.

Untuk pengetahuan, dagangan gula dunia hanya dilakukan dalam 4 musim sahaja iaitu bulan Mac, Mei, Julai dan Oktober setiap tahun.

Kita telah membida kontrak perbekalan gula utk 3 tahun bermula dari Januari 2012 dengan US$26.00/lbs. Sedangkan ketika itu harga gula dunia melonjak US$660/Mt ataupun bersamaan US29.95/100lbs. Apakah kita dikira bodoh atau bijak apabila berjaya mengunci satu kontrak di bawah harga pasaran ?

Kita terpaksa membida kontrak tersebut lantaran kontrak lama akan berakhir pada penghujung tahun 2011, maka kontrak baru akan meneruskan perbekalan.

Tony Pua semacam budak-budak kecik yang melihat pembelian gula di pasaran antarabangsa semacam kita pergi ke pasar untuk membeli ikan. Di pasar ikan, kita beli mana yang murah asalkan kualitinya baik pada ketika itu. Kalau kita beli dgn harga mahal, malah suami atau isteri akan kata kita ni bodoh kerana beli ikan MAHAL.

Apakah senario itu Tony Pua nak bandingkan dengan pembelian gula di pasaran antarangsa yang menggunakan system kontrak niaga hadapan di mana sesuatu kontrak akan dipersetujui melalui satu perjanjian ?

Kalau harga gula sekarang jatuh sehingga US$16/100lbs sekalipun, kita hanya mampu tenguk saja ! Kalau Tony Pua nak beli sendiri, belilah.

Tahukah anda dalam setiap satu kontrak yang dinamakan Contract No. 11 yang berstatus F.O.B, kuantitinya ialah 112,000 lbs. Bolehlah dikatakan sebagai satu lot kontrak.

Untuk membaca ulasan selanjutnya, silalah ke :

http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/11/memahami-kontrak-niaga-hadapan-komoditi.html

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena