Friday 25 October 2013

KDN batal lesen syarikat Kawalan Keselamatan.. 'Jaga Haram'... & Pihak Bank Nafi Sebarkan Video !!

Jumaat, 25 Oktober 2013


Kes Rompak Bunuh Ambank Jadi Kompleks?
Bhai/DeeDee sekalian...

Episod rompak dan bunuh pegawai Ambank kini menjadi semakin mengelirukan. Betul ... Pada gua ianya dah jadi semakin kompleks...  sila baca dulu Citer 1 dan Citer 2 ....

Sebabnyer... Satu demi satu perkara cuba ditutup ceritanya... Tutup yang itu terbongkar yang ini... Hahaha

Skrang nih dengar citer KDN dah batalkan lesen operasi syarikat Securiforce Sdn Bhd (walaupun KDN sendiri tabrani nak sebut nama syarikat tue... Mentang-mentang lag Maznah Hamid tue orang besar dalam Wanita UMNO)...

Persoalannya sekarang nih... KDN dok salahkah syarikat keselamatan tue (Securiforce Sdn Bhd) kerana cuai dalam proses pengambilan pekerja keselamatan... Tapi bukan kah semua pekerja keselamatan perlu melalui tapisan keselamatan yang dilaksanakan oleh KDN...

Takkan la KDN sudah terlepas pandang proses tapisan tue jadi terus salahkan sepenuhnya kat Securiforce Sdn Bhd...

Mana pergi unit penyiasatan KDN dengan kerjasama Cawangan Khas dalam isu tapisan keselamatan nih...

Even masa gua mula berkhidmat dalam agensi dulu pon tapisan dan semakan latar belakang dijalankan sepenuhnya sampai kepada datuk nenek pon disemaknya... Takkan la kes pengawal keselamatan punya tapisan macam cap ayam...

Gua ingat lagi masa gua join Kelab Menembak Kajang dulu... Bukan main tapisan dibuat ... OCPD semak... SB semak... MKN semak.... Hahahaha ... KDN stendet lar...

Skrang nih nampaknyer KDN macam nak lepas tangan jer .... Podah la... Nak sebut nama syarikat pon KDN tabrani... Macma mana la nak jaga keselamatan dalam negara.... ...

Wei Zahid Hamidi... Lu punya KDN bikin lawak aaaa... Gua dengar bebudak dan bekas bos gua kat Agensi dok gelakkan lu sejak semalam lagi pasai kes nih... Hahaha...

Gua brani jamin kalu lu brani jejak kaki ke Agensi... Mesti ramai yang akan gelakkan lu belakang-belakang.... Hahaha...
Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com

KDN batal lesen syarikat Kawalan Keselamatan.. 
Fb King Jason
Mula-mula kita ucapkan tahniah kepada Kementerian Dalam Negeri kerana langkah drastik yang diambilnya terhadap Syarikat yang menggaji Pengawal Keselamatan yang telah membunuh seorang Pegawai Bank baru-baru ini.

Tindakan yang diambil oleh Kementerian Dalam Negeri ialah membatalkan dengan serta merta lesen syarikat tersebut, namun tidak dinyatakan apakah nama syarikat tersebut...

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan yang menggaji pengawal keselamatan terlibat dalam kejadian menembak mati pegawai operasi Ambank di Jalan USJ Central 2, Subang Jaya, semalam.
Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan) KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata syarikat berkenaan didapati gagal mematuhi syarat dan peraturan pengendalian serta pengurusan agensi persendirian di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Kementerian mendapati syarikat kawalan keselamatan itu mempunyai lesen untuk menggaji pengawal keselamatan yang menggunakan senjata api tetapi pengawal keselamatan (suspek) itu tidak ada lesen membawa senjata api.
"Selain itu, syarikat kawalan keselamatan itu baru mengemukakan permohonan untuk membuat tapisan keselamatan bagi pegawal keselamatan terbabit (suspek) pada hari ini. Sehubungan itu, KDN memutuskan untuk membatalkan lesen syarikat berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Dalam kejadian 6 petang semalam, pegawai operasi Ambank Norazita Abu Talib, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 tahun selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama rakan setugasnya.
Alwi berkata polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti dan latar belakang suspek yang merupakan seorang pegawal keselamatan gantian di bank berkenaan.
"Setakat tengah hari tadi, suspek belum ditahan," katanya.
Sementara itu, Alwi berkata KDN telah mengeluarkan Lesen Agensi Persendirian kepada 751 syarikat kawalan keselamatan dan daripada jumlah itu, sebanyak 125 syarikat mempunyai lesen untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan senjata api.

Untuk memastikan syarikat kawalan keselamatan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, beliau berkata KDN sedang melakukan audit secara menyeluruh terhadap syarikat-syarikat berkenaan.
"Audit sedang dijalankan dan sehingga kini, sebanyak 90 peratus syarikat telah diaudit dan kami akan membuat analisa dan rumusan," katanya.

Beliau turut memberi amaran keras kepada syarikat kawalan keselamatan agar mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan, termasuk menggunakan pengawal keselamatan dari negara sumber bagi mengelak lesen syarikat dibatalkan serta-merta. -Bernama

Namun begitu tindakan KDN itu menimbulkan berbagai persoalan dalam fikiran aku.. antaranya ialah dengan tidak menamakan syarikat terbabit kita tidak akan tahu siapa pemiliknya..

Oleh itu individu yang memiliki syarikat tersebut berkemungkinan besar hanya perlu menjenamakan semula syarikatnya dan memohon lesen sekali lagi..

Bagaimana syarikat tersebut membayar gaji kepada pengawal yang menembak mati seorang ibu berusia 37 tahun itu, sedangkan individu tersebut dikatakan memiliki MyKad palsu?

Kita tahu pada masa ini kebanyakkan syarikat membayar gaji pekerjanya melalui Bank, untuk membuka akaun dalam sesebuah Bank perlu dikemukan MyKad..
Posted by Anak Sungai Derhaka

Kes Tembak Mati Arwah Pegawai AMBank ; Pihak Bank Nafi Sebarkan Video !!

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena