Thursday 31 October 2013

Sg. Limau: BN/Umno ‘mati angin’ - Skim Kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’...

Khamis, 30 Oktober 2013
BN Makin Keliru: Faktor Calon Sukarkan Untuk BN Menang

BN ‘mati angin’ apabila PAS mempelopori politik damai untuk PRK Sungai Limau kali ini. BN yang sudah terbiasa dengan politik putarbelit, fitnah dan menyerang peribadi calon lawan, tiba-tiba kali ini dihadapkan dengan politik lunak PAS.

BN menyedari bahawa langkah menyerang peribadi calon PAS membahayakan diri sendiri kerana tiada isu yang boleh dieksploit. Ustaz Mohd Azam Abd Samat adalah tokoh muda yang terpuji sekalipun terbabit dalam politik namun tidak pernah naik ke pentas menghentam sesiapa.

Di kalangan orang yang mengenali calon PAS, Azam terkenal dengan imej baik dan bersopan santun. Sumber bilik gerakan BN sendiri mengakui bahawa calon mereka sukar untuk mengatasi  kelebihan wibawa calon PAS.
Calon BN
Azam adalah anak kelahiran Sungai Limau. Ibu dan ayahnya juga anak Sungai Limau, justeru mereka mempunyai rangkaian keluarga yang sangat besar di sini. Ke mana sahaja beliau turun berkempen, seolah-olah tidak perlu diperkenalkan lagi. Kelebihan ini tiada pada calon BN meskipun dia juga anak Sungai Limau.

Apapun peribadi calon tidak akan menyumbang peratus yang lebih besar dari sokongan berdasarkan parti. Realiti Sungai Limau sejak PRU 1959, PAS dan Umno wujud secara tradisi dari warisan keluarga.
Cuma akhir-akhir ini anak muda dari keluarga Umno sudah mula memecahkan tradisi itu. Sebahagian yang sudah biasa berhijrah ke tempat lain, kenal PAS atau Pakatan Rakyat, membawa balik ideologi yang berbeza dengan ibu bapa. Anak keluarga PAS biasanya menjadi PAS, tetapi anak keluarga Umno belum tentu jadi Umno.

Faktor kecenderungan politik berasaskan sentimen kepartian jauh mengatasi pengaruh isu semasa. Isu semasa semacam sekadar hanya untuk memeriahkan PRK. Namun isu semasa tetap jadi keutamaan dalam kempen dan penerangan.
Sekalipun PAS jadikan politik damai sebagai tema, namun seperti kata Dato’ Mahfuz Omar, ia tidak bermaksud pertentangan dasar dan isu dengan pihak lawan diketepikan.
"Memandangkan media arus perdana tidak memberikan liputan yang adil maka usaha mendedahkan penyelewengan dan kelemahan pentadbiran BN, Negeri mahupun Pusat akan tetap diteruskan,” ujarnya.

Antara isu yang dibangkitkan ialah kegagalan kerajaan negeri untuk meneruskan pembinaan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba Langkawi, walaupun kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk tahun 2013 bagi fasa pertama pembinaan.

Lagi isu ialah, kegagalan mereka meneruskan skim bantuan untuk keluarga si mati yang miskin iaitu Skim Kafalah sebanyak RM500 untuk setiap kematian. Skim kafalah sudah jadi ‘Kafanlah’. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat dahulu membelanjakan RM4.9 juta untuk hampir 10,000 penerima.
Gambar: Nilaikanlah..
Mukhriz hanya melakukan gimik politik apabila seringkali menyebut bahawa semua projek pembangunan untuk rakyat akan dikaji, di dalam apa yang dinamakan, Makmal Tranformasi. Namun sepanjang tempoh kira-kira lima bulan, kerajaan asyik mengkaji tanpa sebarang hasil.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam keghairahan mempertahankan kenaikan harga gula, menggunakan status kesihatan Ustaz Azizan semasa hayatnya sebagai contoh. Kedua kakinya dipotong kerana penyakit diabetes. Kenyataan itu mengguris hati keluarga Ustaz Azizan.

“Sesungguhnya ucapan TPM telah menyentuh sanubari kami sekeluarga yang masih bersedih  dan masih pilu dengan kehilangan insan yang paling kami sayangi di dunia ini. Air mata kami sekeluarga belum kering mengenangkan Allahyarham Ayahanda dan kerinduan kami kepada Allahyarham Ayahanda masih menyelubungi setiap detik yang kami lalui,” ujar Muhammad Rafiiy, anak Almarhum Ustaz Azizan.
Mukhriz menyifatkan PAS kekeringan idea kerana politikkan kenyataan Muhyiddin. Biasalah Umno, jika mereka yang lakukan kesalahan, maka ‘yang jahat’ adalah pihak lain.
Sementara di pihak BN, mereka benar-benar kekeringan isu kali ini. Beberapa bekas pemimpin picisan PAS yang kini menentang PAS terpaksa digunakan untuk mengitar semula isu lapok penuh dengan fitnah. Antaranya isu LGBT, DAP, tabung Memali, kafir mengkafir serta isu berkaitan, di mana rakyat sudah muak mendengarnya.

Di atas kertas PAS akan menang mudah. Itupun jika semua pengundi PAS keluar mengundi dan tiada pengundi PAS yang berjaya dirasuah. Insya-Allah saya yakin Sungai Limau akan dipertahankan dengan  majoriti hampir serupa.

Written by ZULKIFLI YAHAYA/Blog Sedaka Sejahtera


Wednesday, October 30, 2013
CALON BN SUNGAI LIMAU BERBINI 2?
Kantoii.. Calon Be End Dun Sg.Limau ada bini muda?? Cun lagi..

Tapi kenapa nikah diam2? Takkan takut bini tua kot? Lor Penakut rupanya? Tapi camana boleh jadi calon ni?

Alahai Jamil, ku sangkakan kau berbini satu, rupanya ada dua yer????

Dah macam dialog dalam cerita P.Ramlee la pulakkan. Rasa2 hangpa dalam cerita apa yaaaa??? Pikiaq sendiri naaaa.....

Tapi inilah yang cheq nak habaq kat hangpa semua, maklumat yang diterima dari kenalan rapat calon ini memberitahu pada cheq bahawa beliau mempunyai sorang bini muda dalam diam2.

Pandai sorok yaaa. Cheq dimaklumkan bini muda calon BN ni dari segi perwatakannya memang cun melecun. Dah la muda, cun pulak....mana tak laki tengok geram ye tak.

Bini muda calon ni merupakan seorang pelajar di universiti tempatan. Malangnya dia tidak menamatkan pelajarannya hingga selesai. Disebabkan cinta pada Profesor, beliau sanggup buat apa saja.

Belajar tak habis sebab dah pandai main cinta, mereka pun buat keputusan kahwin lari. Sebabnya Dr. Sohaimi takut pada bini pertamanya, beliau buat keputusan untuk kahwin secara senyap.

Bestkan calon BN ni...ini yang aura Ust Azizan yang mereka bawa dan pukul canang sana sini. Nak tau sapa bini muda dia, meh cheq tunjuk sikit.....
sumber : http://bit.ly/1g8EYZF

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, October 30, 2013 

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena