Saturday 26 October 2013

Penjual ubat sex..Nasib seorang Janda PELITAWANIS TNB...

Ahad, 27 Oktober 2013
Najib jadi penjual ubat sex laa pulak....!



Gula: Najib kata lemah tenaga batin, Muhyiddin kata jangan jadi macam Azizan
Bagi mempertahankan pemotongan 34 sen subsidi gula, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengambilan gula berlebihan boleh mengurangkan tenaga batin untuk lelaki.

"Saya rasa jika bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik berada di sini, beliau akan menerangkan dengan cara yang lebih berwarna-warni," kata Najib ketika merasmikan Perhimpunan Agung Gerakan sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini.

Harga gula naik 34 sen hari ini menjadikan harganya RM2.84.

Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyokong langkah kerajaan itu mengingatkan semua pihak agar jangan sampai terjadi kepada mereka apa yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak akibat mengambil gula terlalu banyak.

Menurutnya, tindakan kerajaan memotong subsidi itu untuk kepentingan orang ramai.

Allahyaraham Azizan terpaksa menjalani memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis. Bekas Menteri Besar Kedah itu meninggal dunia pada 26 September lalu.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tetapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tidak ada subsidi umum tidak ada gula adalah keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya dalam ucapan di majlis pertemuan bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi. – 26 Oktober, 2013.TMI

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena