Monday 21 October 2013

POLL Tim. Presiden : Mat Sabu - 47 %, Husam - 31 %, Tuan Ibrahim - 21 % & Nik Amar - 1 %

Isnin, 21 Oktober 2013


POLL - 47 % MAHUKAN MAT SABU, 31 % BERSAMA HUSAM MUSA

POLL "Siapakah pilihan anda untuk jawatan Timbalan Presiden PAS?".  Blog aku sekadar untuk melihat di kalangan pengunjung blog ini yang berminat untuk membuat pilihan tentang kedudukan jawatan Timbalan Presiden PAS yang bakal ditentukan oleh Muktamar PAS akan datang.  Bukan niat untuk mengambil tahu tentang perkara dalaman PAS jauh sekali untuk menimbulkan kontroversi atau pecah belah dikalangan ahli-ahli PAS.

Sekadar untuk membuat penilaian secara rambang, bahkan kita semua tahu tidak semua pengunjung blog ini terdiri dari ahli-ahli PAS, bahkan penyokong-penyokong Umno juga turut mengunjungi blog ini dan mungkin mereka juga berminat untuk mengambil bahagian di dalam Poll yang diadakan.  Justeru itu, apa jua keputusan melalui Poll yang aku wujudkan ini tidak langsung menggambarkan sokongan kepada mana-mana calon, tetapi semata-mata menggambarkan undian pengunjung blog ini semata-mata.

Setakat hari ini (21 Okt 2013 jam 04.00 AM), keputusan Poll yang diperolehi adalah seperti berikut:

Tuan Hj Mat Sabu - 47 %
Husam Musa  - 31 %
Us Tuan Ibrahim Tuan Man  - 21 %
Us Nik Amar - 1 %

Keseluruhan yang mengambil bahagian setakat hari ini adalah 261 pengunjung.

Di dalam beberapa blog rakan yang turut mengadakan Poll seperti ini, ada yang menunjukkan Husam Musa berada di tempat pertama diikuti oleh Tuan Hj Mat Sabu.  Boleh dikatakan di dalam beberapa blog persaingan rapat hanya di antara Tuan Hj Mat Sabu dan Husam Musa sahaja.  Seandainya benar Husam Musa tidak berminat untuk mencabar kedudukan Tuan Hj Mat Sabu sekarang, peluang lebih cerah tentunya diperolehi oleh Tuan Hj Mat Sabu untuk terus menyandang jawatan nombor dua tersebut.

DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 4:31 PG


0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena