Wednesday 23 October 2013

Menteri Kerajaan BN suruh rakyat bersabar jika BARANG NAIK... Hah! 6% GST dalam bayaran letak kereta...

Rabu, 23 Oktober 2013

Photo: Menteri Kerajaan BN suruh rakyat bersabar jika BARANG NAIK... apa komen anda ?

Menteri Kerajaan BN suruh rakyat bersabar jika BARANG NAIK... apa komen anda ?

Photo: Bongkarz!

(sumber: fb PAS Selangor)
BONGKAR!!!! CUKAI GST DIKUTIP SEJAK DUA TAHUN LALU?


Beberapa pengendali tempat letak kereta di Lembah Klang didakwa telah melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan ( GST) walaupun kerajaan belum secara rasmi melancarkannya.

Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat YB Tian Chua mendedahkan bahawa pengendali tempat letak kereta di Pasar Borong Kuala Selayang Kuala Lumpur, telah mengenakan GST dalam bayaran letak kereta dengan menambah 6% kepada jumlah asal .

"Saya telah dimaklumkan oleh sumber bahawa pengendali tertentu ini telah melaksanakan GST selama hampir dua tahun," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Dia bertanya jika kutipan hasil ini dimasukan ke dalam kantung kerajaan.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah anugerahkan sebuah syarikat secara tender untuk menguruskan tempat letak kereta di pasar borong tersebut untuk tempoh selama sembilan tahun.

"Adakah mereka (DBKL ) tidak melihat tindakan syarikat itu? " katanya.
Tian Chua juga bertanya sama ada Dewan Bandaraya kini akan menjalankan pemeriksaan audit ke atas syarikat yang menguruskan hartanah.

"Ramai di kawasan bandar seolah-olah telah membayar GST tanpa disedari. "

Tian Chua, mendesak kerajaan untuk bertindak segera ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan ingin membuat keuntungan dengan para pengguna dijadikan mangsa.

Beliau menggesa orang ramai untuk memeriksa resit mereka selepas membayar untuk barangan dan perkhidmatan dan segera memfailkan aduan kepada pihak berkuasa jika terdapat sebarang kutipan GST didalam bil-bil mereka.

omakkau
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/10/

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena