20 Staf Freescale Disahkan Penumpang MH370
WASHINGTON – Sebuah syarikat semikonduktor di Texas pada Sabtu berkata kira-kira 20 kakitangannya disahkan antara 239 penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi Sabtu.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Freescale Semiconductor, Gregg Lowe berkata antara kakitangannya yang menaiki pesawat tersebut terdiri daripada 12 warga Malaysia dan lapan lagi dari China.
“Buat masa ini, kami amat memberi tumpuan terhadap kakitangan kami dan keluarga mereka. Doa kami untuk mereka yang berada dalam pesawat itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan penyelamat masih mengesan pesawat tersebut yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang lebih 24 jam selepas dilaporkan terputus hubungan ketika berada di antara ruang udara Malaysia dan Vietnam.
Seramai 153 penumpang warga China termasuk seorang bayi manakala 38 warga Malaysia dan tujuh dari Indonesia berada di dalam pesawat tersebut.
Sementara itu, enam warga Australia, lima dari India, empat warga Perancis dan tiga warga Amerika termasuk seorang bayi turut disenarai sebagai penumpang yang menaiki pesawat itu.
Kementerian Luar Belanda berkata, seorang rakyatnya turut berada dalam pesawat tersebut.
“Seluruh warga kerja Freescale Semiconductor amat sedih dan terkejut dengan berita ini. Syarikat ini akan terus memantau perkembangan semasa mengenai misteri kehilangan pesawat itu,” menurut kenyataan itu lagi. – Mstar Online
Pegawai itu juga dipetik berkata FBI tidak menolak aspek keganasan atau faktor lain sebagai punca kehilangan pesawat tersebut.
Sementara itu, agensi berita Perancis AFP melaporkan pengeluar semikonduktor di Texas sebagai berkata 20 pekerjanya disahkan antara penumpang pesawat berkenaan.
Pekerja Freescale Semiconductor yang menaiki pesawat MH370 tersebut ialah 12 dari Malaysia dan lapan dari China, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Gregg Lowe dalam laporan itu.
"Pada masa ini, perhatian kami hanya difokuskan kepada pekerja kami dan keluarga mereka," katanya yang dilapor berkata dalam satu kenyataan.
"Ingatan dan doa kami bersama mereka yang terjejas dalam tragedi ini," katanya.
Pada peringkat awal, pesawat Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing itu dilapor terputus hubungan pada 2.40 pagi semalam, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Jabatan Penerbangan Awam kemudian mengesahkan pesawat itu hilang daripada radar pada 1.30 pagi.
Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara termasuk 38 rakyat Malaysia selain 12 anak kapal.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment