Sunday, 9 March 2014

MH370: Tumpahan minyak 20 batu nautika... Petugas MAS halangnya bercakap dengan media...

Ahad, 9 Mac 2014

APMM temui tompok minyak di pesisir pantai Tok Bali

Kapal penyelamat APMM memulakan operasi menyelamat pesawat MAS MH370 yang disyaki hilang dikawasan 100 batu nautika Laut China Selatan dari pantai Tok Bali. – Gambar ihsan Unit Perhubungan APMM.
Kapal penyelamat APMM memulakan operasi menyelamat pesawat MAS MH370 yang disyaki hilang dikawasan 100 batu nautika Laut China Selatan dari pantai Tok Bali. – Gambar ihsan Unit Perhubungan APMM.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menemui satu tompokan minyak yang panjang 100 batu nautika dari pesisir pantai Tok Bali.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish berkata sebuah kapal peronda milik APMM sudah diarah mengambil sampel minyak itu.
"Sampel itu diambil untuk kita analisis sama ada minyak yang tumpah itu ialah milik pesawat MH370 atau ia milik kapal-kapal yang menggunakan perairan itu," katanya dalam sidang akhbar Misi Pencarian Kehilangan Pesawat MAS di Pejabat Daerah Maritim Tok Bali di Pasir Puteh.
Beliau berkata APMM memberi tumpuan dalam misi itu dengan mengikut jalanudara yang dilalui MH370 dan meninjau sehingga ke kawasan di mana kali terakhir pesawat berkenaan dikesan.
Pesawat MH370, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi Sabtu bersama 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang dalam perjalanan ke Beijing dan usaha mencarinya sedang dilakukan.
TMI.

Tumpahan minyak 20 batu nautika dari lokasi terakhir pesawat hilang

Gambar serpihan yang dipercayai diambil oleh seorang penumpang China menaiki pesawat MAS lain dari Beijing ke Kuala Lumpur tersebar di laman media sosial Weibo.
Gambar serpihan yang dipercayai diambil oleh seorang penumpang China menaiki pesawat MAS lain dari Beijing ke Kuala Lumpur tersebar di laman media sosial Weibo.


Kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengesan tumpahan minyak sekitar 20 batu nautika ke utara daripada lokasi terakhir pesawat MH370 Malaysia Airlines.
Ketua Pengarah APMM, Datuk Mohd Amdan Kurish, yang menyertai misi mencari pesawat berkenaan berkata pasukan mencari menemui "dua atau tiga" tompokan minyak dalam anggaran 16 kilometer berwarna kekuningan sekitar jam 11 pagi pada Ahad.
"Sebuah kapal dihantar ke lokasi tumpahan untuk mengambil sampel untuk diuji sama ada ia datang dari pesawat itu," kata Mohd Amdan kepada The Star.
Gambar berkemungkinan serpihan pesawat MH370 di laut sekitar kawasan lokasi pesawat berkenaan hilang turut tersebar di laman media sosial China.
Gambar berkenaan yang diambil oleh penumpang China menaiki pesawat lain yang selamat mendarat di Kuala Lumpur pada pagi ini menunjukkan serpihan yang terapung berada sekitar 90 minit daripada ibu negara Malaysia. – 9 Mac, 2014.TMI
Tompokan minyak kelihatan 20 batu nautika dari lokasi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang. – Gambar Reuters.
Tompokan minyak kelihatan 20 batu nautika dari lokasi pesawat MH370 yang dilaporkan hilang. – Gambar Reuters.

Bapa saudara mangsa dakwa petugas MAS halangnya bercakap dengan media

OLEH DIYANA IBRAHIM
MARCH 09, 2014
Bapa saudara kepada seorang mangsa penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370, Cheng Mei Ling, 33, mendakwa beliau dihalang oleh petugas syarikat penerbangan itu daripada bercakap dengan media.
Lelaki yang berusia lingkungan awal 40-an itu hanya mahu dikenali sebagai Kong berkata, anak saudaranya Cheng bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan berpengkalan di Amerika Syarikat (AS).
Katanya anak saudaranya itu menaiki pesawat ke Beijing sebagai laluan transit pulang ke AS. – 9 Mac, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena