Pesawat MH370 Ditemui?
Gambar serpihan oleh penumpang China yang dimuatnaik laman Weibo
Beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.
Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China, Li Jiaxiang berkata, serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara.
“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya di dalam satu laporan berita.
“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti yang dilaporkan oleh China News.
"Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.
Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan.
Satu lagi laporan menyebut bahawa serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang telah mendarat pada pagi Ahad.
Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.
Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan. ~astro awani
40 keluarga buat pasport di kaunter imigresen Putrajaya
PUTRAJAYA – Kira-kira 40 ahli keluarga penumpang pesawat MH370 milik Malaysian Airlines (MAS) yang hilang di Laut China Selatan hadir ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Presint 2 di sini bagi memohon dan memperbaharui pasport antarabangsa mereka.
Mereka kelihatan tiba menaiki lima buah van khas yang disediakan oleh MAS dari lokasi penginapan mereka di Hotel Everly di sini.
Namun begitu, kebanyakkan mereka enggan ditemu bual kerana masih lagi bersedih dengan insiden yang berlaku tersebut.
Sumber Kosmo!
Gambar Yahoo News Malaysia – MRM
- MAR 09, 2014
- SALMAH MAT HUSAIN
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon semua keluarga mangsa bersabar menerima berita kehilangan pesawat MH370 milik negara.
Ketika dihubungi beliau turut bersimpati dengan nasib mangsa serta keluarga yang terlibat.
Menurut Tuan Guru lagi, di atas dunia ini tidak ada tempat yang selamat sama ada di jalanraya, di darat, laut atau udara.
“Malah pejalan kaki juga kena rempuh walaupun dia tidak berada dalam kenderaan atau sebagainya.
“Kerana itu Islam menggalakkan kita sentiasa berdoa sebagaimana Rasulullah ajar setiap kali kita ingin turun tangga untuk keluar dari rumah,” nasihat beliau.
Tambahnya, sekiranya doa itu dimakbulkan Allah, mereka yang membacanya bebas dari sebarang musibah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz turut menasihati keluarga mangsa agar terus berdoa dan menerima sebarang ketentuan Allah SWT.
Rakyat Australia Doakan Penumpang & Kru Pesawat MH370 – PM Australia
MELBOURNE – Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata, rakyat negara itu berdoa untuk keluarga serta penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 yang dilapor hilang awal pagi Sabtu. Klik link baca senarai nama mangsa pesawat MAS hilang.
“Ingatan dan doa kami bersama penumpang dan keluarga mereka, terutama enam rakyat Australia yang disahkan menaiki pesawat itu,” katanya kepada pemberita, lapor Australian Associated Press pada Ahad.“Kami juga sedang melihat apa yang boleh kami buat bagi membantu dalam operasi mencari dan menyelamat,” katanya.
Dua pasangan dari Queensland iaitu Catherine dan Robert Lawton, serta Mary dan Rodney Burrows, dan pasangan dari Sydney Li Yuan dan Gu Naijun, antara 239 orang yang berada di dalam pesawat ke Beijing itu yang dilapor hilang di sempadan ruang udara Malaysia dan Vietnam.
Pemimpin pembangkang Bill Shorten turut menyuarakan perkara sama.
“Saya percaya ingatan seluruh rakyat Australia bersama keluarga mereka yang terlibat,” katanya kepada pemberita di sini. – Bernama
Sumber Kosmo!
0 comments:
Post a Comment