Sunday 9 March 2014

PAS hantar pasukan kaunselor bantu keluarga penumpang MH370

Isnin, 10 Mac 2014
Pasukan ini akan diketuai Adun Meru, Dr. Abd Rani Osman
KUALA LUMPUR: PAS akan menghantar satu pasukan kaunselor untuk membantu memberikan khidmat kaunseling kepada kelurga penumpang pesawat penerbangan MH370.

Pengerusi Pusat Pengurusan Kecemasan dan Bencana PAS (CEDM), Salahudin Ayub berkata, pasukan kaunselor PAS itu akan dihantar dalam kadar segera ke penempatan keluarga terlibat di di Hotel Everly, Putrajaya‎.

"Pasukan ini akan diketuai Adun Meru, Dr. Abd Rani Osman, dan saya sudah mengarahkan kepada beliau untuk bertindk segera.

"Mereka akan memberikan khidmat nasihat dan apa yang perlu kepada keluarga terlibat.

"Ini adalah bantuan yang kita boleh buat setakat ini sebagai tanda simpati PAS terhadap insiden yang mengejutkan ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.

Sejak semalam Dewan Ulamak PAS telah mengeluarkan arahan agar seluruh anggota parti di segenap peringkat melakukan solat hajat bagi mendoakan keselamatan penumpang pesawat yang masih gagal dikesan itu.

Selepas lebih 24 jam, pesawat MH370 yang hilang awal pagi semalam sehingga kini masih belum ditemui.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dari 14 negara temasuk 12 anak kapal, hilang daripada radar setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 pagi semalam dalam perjalanan menuju ke Beijing, China.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi. 
Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena