Thursday 8 May 2014

Bantah GST: 7 'orang gila' dikesan setiap hari!...Gara-gara GST juga pelajar UiTM berdepan tindakan disiplin...

Khamis, 8 Mei 2014

#BantahGST : Keadaan ekonomi, kenaikan harga makanan dan jaminan pekerjaan masih menjadi tiga kebimbangan utama rakyat Malaysia pada suku pertama 2014. Faktor ekonomi dan masalah kewangan tetap menjadi kebimbangan utama rakyat Malaysia, mengatasi tahap kebimbangan yang lain, menurut satu kajian.

#MediaPakatan LIKE✔ SHARE✔ COMMENT✔


22 hrs 


Belum lagi GST 7 orang baru gila dikesan setiap hari.

Agak agak lepas GST esok makin ramai orang gila ya dak?

Ya la.. hidup DALAM TEKANAN..


kan?


Krikk...krikk..krik..
 — with Zack Khairul and Zeck Adek.

GARA-GARA SIAR ANTI GST DI FACEBOOK, SEORANG PELAJAR UiTM BERDEPAN DENGAN TINDAKAN DISIPLIN.





Seorang pelajar UiTM berdepan dengan tindakan disiplin kerana dikatakan menyiarkan tulisan membantah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Facebook.

Dalam surat bertarikh 28 April, pihak universiti menyatakan bahawa Mohd Fathihie Gadius dari kampus UiTM Sabah, didakwa melanggar Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

Dia didakwa membuat kenyataan awam dengan menggunakan laman sosial Facebook yang boleh menggalakkan perbuatan melanggar tatertib, kekacauan, keengkaran atau pelanggaran terhadap Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 di kalangan pelajar UiTM cawangan Sabah.

Pelajar Sarjana muda sains biologi itu juga didakwa melakukan
kesalahan yang sama melalui lebih daripada 20 posting dari Oktober 2013 hingga Januari tahun ini.

Jika didapati bersalah, dia boleh digantung dari universiti dan tidak dibenarkan masuk ke kampus.

Mengutuk pertuduhan itu, setiausaha Majlis Pelajar Universiti Malaya, Fahmi Zainol berkata akta itu "kejam" tetapi "bukan sesuatu yang baru" bagi UiTM.

Sebelum ini, katanya, sekurang-kurangnya tiga aktivis pelajar digantung pengajian selama satu semester kerana "penglibatan dalam politik".

"Jika sekali lagi perkara yang sama juga berlaku, mahasiswa tidak teragak-agak untuk bangkit mempertahankan hak beliau," kata Fahmi dalam satu kenyataan.
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena