Friday 9 May 2014

ISMA: Cina Pendatang...Saya sering melihat wanita Melayu/Islam tidak menutup aurat - Felixia Yeap Chin Yee

Jumaat, 9 Mei 2014




ISU DAKWAAN BANGSA CINA INGIN KUASAI MALAYSIA DAN PINGGIRKAN AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU

Seruan yang kuat kedengaran kini adalah bangsa Cina akan menguasai Malaysia dan meminggirkan agama Islam dan bangsa Melayu. Seruan ini sudah terlalu kerap dimainkan oleh parti Melayu terbesar iaitu UMNO, namun kini modal yang sama juga digunakan oleh NGO yang ingin menyertai Pilihan Raya Umum ke 13 iaitu Ik
atan Muslimin Malaysia (ISMA).

Di kala PRU semakin hampir, seruan ini diadun dengan pelbagai andaian dan teori untuk menjadikannya suatu yang wajib dipercayai. Namun, bagaimana pula dengan fakta sebenar realiti di Malaysia?

FAKTA 1

Statistik pada tahun 2005 menunjukkan bahawa penjawat awam bangsa Melayu dan Bumiputera mendominasi jumlah keseluruhan penjawat awam di Malaysia iaitu meliputi 77.4% dan meningkat kepada lebih 80% pada tahun 2012. Manakala, bangsa Cina hanya mewakili sebanyak 9.37% pada tahun 2005 dan menurun kepada 5% pada tahun 2012.

Rujuk sumbernya di http://cuepacs.blogspot.jp/2012/07/spa-serius-dalam-memikat-bukan-melayu.html danhttp://ridhuan2u.blogspot.jp/2009/10/perkhidmatan-awam-bukan-melayu.html

FAKTA 2

Statistik pada tahun 2009 terhadap anggota keselamatan negara menunjukkan bahawa bangsa Melayu mendominasi jumlah keseluruhan anggota ATM dan PDRM iaitu sebanyak 91.55% dan 83.8% manakala bangsa Cina jauh lebih kecil iaitu sebanyak 0.1% dan 1.39%.

Rujuk sumbernya di http://www.mazidulakmal.com/2009/12/polis-melayu.htmldan http://udanggalah63.blogspot.jp/2010/11/atm-untuk-rakyat-malaysia.html

Maka, soalan saya kepada ISMA :

1. Andai benar DAP atau bangsa Cina akan membawa dasar yang menghapuskan kepentingan agama Islam dan bangsa Melayu, adakah majoriti daripada 80% lebih penjawat awam berbangsa Melayu beragama Islam (dengan anggapan bahawa setiap Melayu itu Islam) akan berdiam diri dan apa pula yang akan berlaku sekiranya mereka ini menjalankan protes dan mogok terhadap kerajaan itu nanti?

2. Jika benar bahawa bangsa Cina ingin menguasai Malaysia serta menafikan hak orang Islam dan bangsa Melayu, adakah mereka mampu untuk menghadapi ATM yang dinaungi oleh Raja-raja Melayu dan didominasi oleh orang Melayu, serta PDRM yang juga didominasi oleh orang Melayu?

Semua rakyat Malaysia maklum bahawa penjawat awam dan anggota keselamatan adalah penggerak utama perjalanan pentadbiran sesebuah negara termasuk Malaysia. Untuk kedua-dua bahagian penggerak utama ini, orang Islam dan bangsa Melayu mengusainya melebihi 80%. Maka, adakah semua andaian dan kenyataan berkenaan bangsa Cina ingin menguasai Malaysia ini dibuat setelah meneliti semua fakta di atas dan bagaimana mereka ingin menjalankan agenda ultra kaisu mereka itu?

Framework ini bukanlah untuk membela bangsa Cina, malah ia boleh menjadi offensive kepada mereka jika benar berhasrat sedemikian. Apa yang ingin saya bangkitkan adalah tanggungjawab dalam kenyataan yang dibuat. Politik Malaysia disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa. Jika setiap orang bebas untuk melemparkan andaian terhadap satu sama lain, siapa yang akan bertanggungjawab jika berlaku kesan buruk daripada andaian yang dibuat?

Bertanggungjawablah dalam setiap kata yang dilafazkan. Jika anda mempunyai asas yang kukuh, kemukakan segera. Saya amat berminat untuk mengetahuinya dan saya yakin orang ramai pun seperti saya juga. 

By : Mohd Azrul Azuan

Hidayah buat Felixia Yeap

Felixia Yeap
Felixia Yeap
SELALUNYA, berpakaian menutup aurat apatah lagi berhijab sangat sinonim dengan wanita Muslimah.

Tetapi, berlainan pula bagi gadis berbangsa Cina dan pemilik nama Yeap Chin Yee atau lebih mesra disapa sebagai Felixia Yeap ini.

Biarpun pernah digelar simbol seks sebelum ini, kini bekas model majalah Playboy Bunny ini kelihatan lebih ayu dan jelita bak wanita Muslimah di luar sana.

"Bagi saya, dalam menutup aurat, ia bukanlah tertakluk kepada mereka yang beragama Islam saja.

"Ini kerana, saya sering kali melihat wanita yang beragama Islam tidak menutup aurat.

"Saya percaya, agama Islam tidak pernah menghalang mana-mana wanita untuk menutup aurat dengan sempurna asalkan mereka tidak menyalahgunakan cara pemakaian itu," katanya kepada Zass dalam satu sesi fotografi, baru-baru ini.

Begitu pun, sesuai dengan perubahan imejnya itu, anak kelahiran Ipoh, Perak ini mengumumkan bakal mengucap dua kalimah syahadah menjelang Ramadan ini bersempena dengan ulang tahun kelahirannya Julai depan serta tidak sabar-sabar menjalani ibadah puasa.

Mengulas lanjut, gadis jelita ini menjelaskan, dia tidak berniat untuk menangguhkan niat suci tersebut sebaliknya memerlukan lebih masa bagi mendalami agama ALLAH SWT itu.

"Saya masih lagi dalam peringkat mengenali agama Islam.

"Buat masa ini, saya sedaya-upaya mencari masa untuk membaca buku agama.

"Malah, jika berkesempatan, saya ada menghadiri kelas dan ceramah agama supaya lebih memahami mengenai Islam," kata bekas finalis Dewi Remaja ini.

Pun begitu, dia menyerahkan segala-galanya kepada ketentuan Tuhan.

"Saya tidak menyangkal sebarang kemungkinan akan memeluk agama Islam, tetapi apa yang saya ingin katakan kepada semua, adalah untuk berserah kepada ketentuan Tuhan.

"Ajaran Islam itu tidak pernah berunsurkan desakkan atau gesaan. Saya tidak mahu terburu-buru memeluk Islam hanya kerana desakkan orang ramai yang bukan berada di dalam situasi saya," katanya.

Felixia Yeap kini lebih dihormati

‘Kerakusan manusia’. Mungkin dua perkataan itu boleh menggambarkan akan situasi sebenar yang dialami oleh Felixia Yeap.

Masakan tidak, model Playboy Bunny pertama berwarganegara Malaysia itu boleh 'bertukar' sehingga 360 darjah dalam membawa perubahan imej terkininya, menutup aurat dan bertudung litup.

"Setelah hampir 10 tahun berkecimpung dalam dunia peragaan, saya tidak nafikan banyak perkara tidak manis pernah dilihat. Bukan saja melihat, malah saya juga mengalaminya sendiri.

"Lebih-lebih lagi, apabila haluan peragaan yang saya terjerumus dulu, memerlukan modelnya berimej seksi dan 'hot' untuk mendapat lebih kerja.

"Ketika itu, tiada unsur agama hadir dalam hidup saya.

"Saya kecewa dengan individu yang mendekati atas tujuan mengambil kesempatan dan bukannya kerana prestasi kerja, keperibadian dan disebabkan perkara ini juga saya sering dipandang remeh," katanya.

Jelasnya, situasi berkenaan membuatkan dia sedih dan tertekan sekali gus mula memberi sepenuh tumpuan kepada penampilan wanita Muslimah.

"Saya tahu diri saya lebih berharga daripada itu. Saya berhak untuk dihormati dan bukannya hanya dipandang sebagai simbol seks semata-mata.

"Setelah saya mula memberi perhatian terhadap wanita berhijab, saya merasakan mereka jauh lebih anggun, cantik dan manis dipandang semua.

"Malah setelah saya mulai berhijab, golongan Adam yang mengacau sudah berkurangan.

"Saya tidak lagi dipandang pada aset fizikal sebaliknya mulai dilihat dari segi keperibadian, cara pemikiran, intelek dan bakat," jelasnya.

Pada masa sama, Felixia berharap menjadi satu contoh dan teladan yang lebih baik kepada semua.

Duta butik Neng Geulls ini juga bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga terutama ibunya.

"Sejak berhijab, ibu menyaksikan sendiri perubahan ketara yang dialami.

"Jika dulu, saya seorang panas baran dan berfikiran sempit, kini jauh lebih tenang dan berfikiran lapang serta terbuka.

"Saya gembira atas perubahan positif dan lebih seronok apabila ibu dapat menerima saya seadanya," kata pengamal diet pescetarian iaitu yang hanya memakan makanan laut, telur, tauhu dan sayur ini.

Perubahan imej sekat punca rezeki?

Pada masa sama, penghijrahan imejnya itu turut terkena tempias kepada lubuk rezekinya.

Bagaimanapun, si cantik manis ini tidak menganggap situasi berkenaan sebagai satu masalah besar, sebaliknya dia bersedia dengan segala kemungkinan.

"Mungkin ada yang menganggap saya pelik dan tidak masuk akal, tapi saya lebih suka mengambil sikap suka berserah dan reda mengharungi pelbagai cabaran.

"Saya lebih sayangkan diri dan kehormatan saya sebagai seorang wanita. Tidak pernah saya sangka walau segenap detik pun yang sebaliknya akan berlaku.

"Sehingga kini, saya sentiasa bersyukur dengan berkat dan rezeki yang dikurniakan," katanya yang belajar memakai hijab melalui laman sosial You Tube.

Malah, Felixia juga bakal bergelar usahawan apabila kini sedang merancang untuk memulakan bisnes fesyen pakaian Muslimah suatu hari nanti.

Dalam pada itu, gadis berusia 28 tahun ini memberitahu dia telah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

"Asalnya, saya rancang untuk berkahwin sebelum berumur 25 tahun, tapi manusia hanya merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya.

"Paling utama, lelaki pilihan saya itu mestilah boleh membimbing saya dalam semua hal termasuk hal agama dan duniawi," katanya yang turut berminat pada jejaka yang matang dalam semua perkara.

Nikah kita bercinta

Dalam perkembangan lain, model profesional ini turut meluaskan lagi kariernya melalui percubaan pertamanya dalam bidang lakonan.

Malah, telefilem pertama lakonannya, Nikah Kita Bercinta, gandingannya dengan aktor meningkat naik, Azlee Khairi mendapat sambutan yang cukup positif daripada peminatnya.

"Saya sudah lama ingin berlakon tetapi tidak pernah mendapat watak yang sesuai dan diinginkan.

"Watak yang saya inginkan ialah watak gadis seperti saya, kerana saya berharap watak seperti saya sendiri boleh mengeratkan silaturahim antara kaum-kaum di Malaysia dan menggalakkan lebih ramai gadis untuk menutup aurat tidak kira agama atau kaum," kata duta Seri Emas ini.

Mengakui menerima kritikan melalui cubaan kali pertamanya itu, Felixia percaya ia adalah perkara biasa yang perlu dihadapi.

"Nikah Kita Bercinta, adalah cubaan pertama saya. Saya sememangnya tiada langsung pengalaman berlakon dan bersedia untuk menerima semua kritikan yang membina ini.

"Saya sangat bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menunjukkan bakat saya dan lebih manis lagi apabila diberi peluang untuk memegang watak utama dalam telefilem pertama ini.

"Saya berharap dapat memperbaiki mutu lakonan saya dari semasa ke semasa," katanya.

Felixia kini terbabit dalam penggambaran drama bersiri Sarafina arahan Along Kamaluddin di samping aktor Amar Asyraf, Josiah Hogan dan Sari Yanti.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena