Saturday 10 May 2014

[Video] Mekah Dilanda Banjir Dan Hujan Lebat Lagi!

Sabtu, 10 Mei 2014

Video Keadaan Makkah banjir?

NIZAM ZAIN
Berpuluh-puluh kenderaan dan banyak kediaman serta premis perniagaan di kota Makkah didakwa rosak teruk selepas bandar suci umat Islam itu dilanda hujan lebat selama dua jam pada lewat malam semalam dan ia hampir melumpuhkan sistem pengangkutan di barat Arab Saudi.

Menurut portal berita Sabq, bencana alam pada lewat malam semalam itu turut menenggelamkan beberapa laluan utama ke bandar tersebut dan menyebabkan kerosakan teruk harta benda yang belum dinilai kerugiannya.

Beberapa keping gambar turut dimuat naik dalam portal tersebut menunjukkan beberapa buah kenderaan dihanyutkan air deras dan berlanggaran antara satu sama lain.

Turut kelihatan kelibat beberapa orang penduduk Makkah yang bertempiaran menyelamatkan diri daripada dihanyutkan arus deras ketika cuba mengalihkan kenderaan mereka.

Namun kesahihan sumber ini tidak dapat pastikan apabila media perdana arus negara itu tidak melaporkan kejadian bencana alam itu.
Posted by Kedah Lanie


Khamis - 8/5/2014: Kota Mekah yang merupakan tanah suci bagi umat Islam kini sekali lagi dilanda banjir dan hujan lebat, baru-baru ini.

Pemandangan ini merupakan sesuatu yang jarang-jarang berlaku kerana Mekah dikenali dengan iklim panas sepanjang tahun yang mencecah sehingga 40 darjah celcius.

Hujan lebat yang melanda Mekah menenggelamkan beberapa daerah dan jalan-jalan raya di kota suci itu, sekali gus meningkatkan kebimbangan berulangnya banjir kilat yang membawa maut, seperti mana yang dilalui penduduknya beberapa tahun lalu.

Lokasi Mekah di tengah-tengah lembah padang pasir yang berbukit-bukau, menyebabkannya terdedah kepada banjir kilat ekoran hujan luar biasa lebat. 
Mekah Dilanda Banjir Dan Hujan Lebat


Mekah Dilanda Banjir Dan Hujan Lebat

Mekah Dilanda Banjir Dan Hujan Lebat


Mekah Dilanda Banjir Dan Hujan Lebat

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena