Sunday 11 May 2014

[Video] UMNO dulu penipu melayu,.. UMNO sekarang lagi kuat tipu melayu

Ahad, 11 Mei 2014





11 Mei tahun ini UMNO BARU Sambut Ulang Tahun ke berapa ???..... 

Pembohongan Fakta Sejarah Oleh Najib Razak Tentang Sejarah Penubuhan UMNO dan Sambutan Ulang Tahun UMNO... Fakta sebenar yg harus rakyat tahu... Apa hujah para peninjau tegar UMNO tentang fakta sejarah ini ???...

UMNO YG DULU TELAH DIHARAMKAN...

Pada 4 Februari 1988 Umno telah diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur . Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim. Gara-gara keputusan mahkamah itu menyebabkan Umno yg ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 hakikatnya telah berkubur. UMNO itu sebenarnya halal sehingga pemilihan 1984 sahaja. UMNO yang ada sekarang ialah UMNO BARU....

UMNO DULU...

Diasaskan 11 Mei 1946 oleh Datuk Onn bin Jaafar, datuk kepada Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein (kalau mengikut definisi yang pernah dikemukakan oleh cucunya ini maka Datuk Onn layak digelar sebagai Petualang Bangsa).Diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Feberuari 1988.

UMNO SEKARANG..

Diasaskan oleh Mantan Perdana Menteri Keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 13 Februari 1988 selepas UMNO asal yang ditubuhkan pada 1946 telah diharamkan pendaftarannya oleh mahkamah. UMNO ini secara rasminya dikenali sebagai UMNO (BARU) yang menggunakan semula semua hak-hak UMNO yang diharamkan termasuk lambang, perlembagaan (dengan pindaan),cogankata, lagu, bendera dan yang paling penting harta atau aset UMNO berjumlah lebih satu billion.....

FAKTA PENTING....

Bagaimana Pendaftar Pertubuhan boleh membenarkan UMNO (Baru) menggunakan Perlembagaan UMNO, lambang UMNO, lencana UMNO dan bendera UMNO sedangkan UMNO telah pun DIHARAMKAN oleh Mahkamah Tinggi Malaysia pada 4 Februari 1988)...

Take Note !!! : PAS Dan DAP adalah parti yang lebih lama dan berpengalaman di Malaysia berbandingg dengan parti UMNO BARU... Jika UMNO yang asal,yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan telah diharamkan oleh mahkamah.... Biarlah hayat UMNO baru yang ada pada hari ini dikuburkan oleh rakyat. Kerana rakyat semakin mual dengan UMNO yang sudah hilang “melayu”, apatah lagi “islam” yang entah kemana hala tujunya...

[ UMNO dulu penipu melayu, UMNO skrg lagi kuat tipu melayu ]
UMNO yang dilahirkan di Istana Johor Bahru pada tahun 11hb Mei 1946 sudah dikuburkan setelah Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Harun Hashim pada 4 Februari 1988 telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah dan haram.

UMNO yang ada sekarang ini dilahirkan pada 13hb Februari 1988 .. Jadi umur UMNO yang ada sekarang ialah baru 26 tahun bukannya 68 tahun sepertimana yang dicanangkan seluruh dunia.

Perkara asas mengenai umur pun UMNO sanggup menipu .. apa lagi yang UMNO tidak sanggup menipu??????
Posted by 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena