Saturday 9 September 2017

[Video 'Gelombang Selatan Tanahair' HARAPAN bakal meranapkan benteng Umno Johor] BN cuak, gerun dengan Pakatan Harapan.

Ahad, 10 September 2017

Benteng Umno-BN Johor tidak sekukuh dulu

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) meyakini benteng Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak lagi kukuh di negeri Johor dengan lahirnya parti itu sejak setahun lalu dan kini bersama dalam Pakatan Harapan.
Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negeri Johor amat simbolik dan bersejarah antara sebab sambutan ulang tahun pertama parti itu diadakan di negeri Johor.
"Ini kerana negeri Johor dikatakan negeri benteng Umno dan BN.Saya percaya benteng Umno dan BN di Johor ini tidak sekukuh dahulu.
"InsyaAllah, dengan berkat doa dan perjuangan kita semua serta dokongan rakyat seluruhnya, PPBM dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan akan berjaya merobohkan benteng Umno dan BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 nanti," ujarnya ketika berucap dalam majlis kemuncak sambutan bersama rakyat meraikan ulang tahun pertama penubuhan parti itu.
Kata beliau walaupun Bersatu baru 'setahun jagung' penubuhannya telah mendapat dokongan rakyat dan berjaya melebarkan sayapnya seluruh negeri.
"Dalam tempoh setahun ini kita telah menggembeleng seluruh tenaga dan kudrat kita untuk mendirikan PPBM yang lahir atas semangat dan kesedaran kita semua untuk membela rakyat, menyelamatkan negara dan mengembalikan maruah bangsa. Walaupun PPBM sebuah parti baharu, dokongan rakyat menjadikan kita kuat dan terus bersemangat untuk berjuang," ujarnya ketika berucap di hadapan 3,000 hadirin yang berada dalam Dewan Y Square Connection di Bakri Muar malam ini.
BN cuak, gerun dengan Pakatan Harapan
BN  juga kini dilihat semakin cuak dan gerun dengan struktur kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan, gerak kerja yang berkesan dan penerimaan rakyat yang luar biasa  terhadap Bersatu dan Pakatan Harapan.
Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir  dalam ucapannya  berkata, ia terbukti apabila program diadakan parti itu telah menjadi mangsa sabotaj pihak yang tidak menyenangi kekuatan Bersatu dan Pakatan Harapan di negeri Johor.
"Sejak pengumuman struktur kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan, gerak kerja kita begitu berkesan, penerimaan rakyat juga luarbiasa.
"Begitu jitu gandingan dan kesepakatan kita hingga pihak lawan mulai cuak. Tentulah mereka tidak akui tetapi dari tindakan-tindakan mereka, jelas mereka menggeruni kita.

"Buktinya, majlis kita disabotaj, pemimpin-pemimpin kita dicaci, orang kita dimaki dan dicemuh, malah kain rentang kita di luar sana pun dikoyak.
"Ada orang kita yang diumpan dedak. Ya, memang ada segelintir antara kita yang tewas dengan dedak. Tak ramai, sebilangan kecil sahaja. Tetapi, majoriti orang kita, termasuk yang berada dalam dewan ini, memang tak makan saman. Dedak bukan makanan kita," ujarnya.
Mukhriz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sambutan berkata, sekiranya BN yang dianggap sebagai pihak yang rasa dirinya berkuasa ketika ini, partinya ujarnya lagi, perjuangan parti tidak akan dapat dihentikan.
"Kepada pihak yang rasa dirinya berkuasa ketika ini, ugutlah untuk pindah sesiapa yang sokong kami ke negeri lain. Ancamlah untuk batalkan kontrak. Hantarlah pegawai-pegawai penguatkuasa serbu rumah dan pejabat kami.
"Sogoklah dengan dedak berjuta Ringgit. Buatlah apapun. Ada kami kesah? Kami tak gentar, kami tak akan berganjak walaupun selangkah dari perjuangan untuk selamatkan negara yang kami cintai ini.

"Kami sudah memalu genderang. Kami sudah mara. Kami berikrar, selagi Umno tidak tumbang dibumi kelahirannya, Johor, selagi Barisan Nasional tak diusir dari Putrajaya, selagi Najib tak dihumban ke dalam penjara, kami akan terus berjuang untuk menebus martabat bangsa dan negara tercinta," jelasnya yang mendapat sorakan gemuruh dikalangan ahli.
Justeru katanya, beliau percaya rakyat bijak membuat pilihan.
"Bersandarkan antara pemimpin kita yang ada puluhan tahun pengalaman mentadbir dengan penuh wibawa dan cemerlang, berbanding kleptokrat yang salah guna kuasa untuk kayakan diri, isteri, famili dan kroni," ujarnya.
Majlis yang diadakan sehari itu  dihadiri lebih kurang 6,000 hadirin dengan pelbagai aktiviti diadakan di sebelah siang dan malam pada acara kemuncak ucapan barisan pimpinan tertinggi Bersatu dan majlis potongan pulut kuning menandakan setahun parti itu ditubuhkan.

1 comments:

Unknown said...

Saya masih ingat apabila arwah Ustaz Fadhil Mohd Nor berdoa agar ALLAH memanjang kan usia Tun Dr. Mahathir ramai berangapan agar beliau dapat melihat "KEROSAKAN" yang di lakukan oleh tangan beliau sendiri. Tetapi setelah melihat kesungguhan Tun menubuhkan PBBM, ia tidak sebagaimana yang di anggap oleh mereka sebelum ini, malah ada lah untuk merubah cara pemerintahan si kleptokrasi yang memusnah kan negara. Malah beliau turut meneggur pehak yang bersekongkol dengan penjenayah yang seolah olah membelakanggi ajaran Al-Qur'an yang mereka laungkan sebelum ini. Setelah melihat betapa gah nya sambutan ulang tahun PBBM yang baru di lancarkan saya berharap di PRU 14 nanti begitu lah hendak nya. Mari lah kita sama sama melakukan perubahan untuk kesenimbungan anak-anak dan cuc-cucu kita. Nyah kan lanun bugis dan konco konco nya dari bumi yang bertuah ini. Ia sepatut nya bermula di"PEKAN".

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena