Monday 26 February 2018

[Video Anak peneroka Felda berkumpul minta bantuan MB Selangor] PRU-14 adalah maruah AMANAH, kata Awan Selangor.

Isnin, 26 Februari 2018

PRU-14 adalah maruah AMANAH, kata Awan Selangor

Angkatan Wanita AMANAH (Awan) Selangor menegaskan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang bila-bila masa sahaja akan diadakan sebagai maruah kepada parti berlandaskan prinsip Rahmat Untuk Semua itu.
Ketuanya, Rawiyah Zakaria berkata, Awandi seluruh Kawasan perlu segera memastikan jentera pilihan raya di kawasan masing-masing bersiap sedia untuk memastikan kemenangan AMANAH yang merupakan komponen Pakatan Harapan (PH).
“PRU-14 adalah maruah AMANAH yang perlu kita teguhkan dengan kemenangan. Kita memerlukan seluruh tenaga dan apa sahaja keperluan, dengan penggabungan PH, kita tidak mungkin kalah.
“Kita mungkin kalah dari sudut (jumlah) kerusi (bertanding) tetapi tidak pada jumlah yang kita akan menang,” ujarnya pada Pelancaran Jentera Pilihan Raya Awan Selangor semalam.
Antara anggota Awan yang hadir pada pelancaran Jentera Pilihan Ray Awan Selangor semalam.
Sehubungan itu, beliau menyeru anggota Awan mematuhi kepimpinan bagi mencapai hasrat kemenangan tercapai.
“Resepi kemenangan kita terletak pada kepatuhan kita kepada pimpinan dan bergerak umpama satu pasukan yang utuh menjaga benteng masing-masing,” kata Rawiyah lagi di Auditorium Seksyen 13 Shah Alam.
Terdahulu, Timbalan Ketua Awan Selangor, Hidayah Ramli dalam ucapannya memberitahu, terdapat hampir 230 jentera sayap AMANAH negeri itu hadir pada majlis tersebut iaitu merangkumi 20 AWAN Kawasan daripada keseluruhan 22 Awan Kawasan.
“BPR (Biro Pilihan Raya) Awan Selangor dan Jawatankuasa Pengurusan Awan Selangor sedang melakukan siri jelajah di Parlimen dan Dun yang AMANAH dijangka bertanding.
“Kami telah turun hampir 10 kawasan dan Dun,” kata Hidayah lagi.
PRU-14 adalah maruah AMANAH, kata Awan Selangor
MD.



1 comments:

Dr said...

Well done AWAN....tingkatkan usaha gigih anda....insyallah kemenangan dipihak amanah.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena