Tuesday 27 February 2018

[Video Angin perubahan sudah tiba, BN pasti tewas pada PRU14] MARIA CHIN dijangka letak jawatan untuk bertanding PRU14.

Rabu, 28 Februari 2018


Related image
Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin, Dato' Seri Mukhriz bergerak ke Dataran Maybank menyertai Himpunan #Bersih5.

MARIA CHIN DIJANGKA LETAK JAWATAN UNTUK BERTANDING PRU14

PENGERUSI Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dijangka meletak jawatan dalam tempoh dua minggu lagi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata sumber.
Beliau merancang untuk bertanding di “kerusi selamat” menggunakan tiket PKR, sumber badan pemerhati pilihan raya itu memberitahu The Malaysian Insight.
Ketika dihubungi untuk mengesahkan perkembangan itu, Maria menjawab: “No komen.”
Sumber Bersih, bagaimanapun mengatakan Maria mahu meletak jawatan minggu ini sebagai pengerusi Bersih dan memasuki arena politik sebagai calon pilihan raya.
Maria mengambil alih jawatan pengerusi organisasi pergerakan masyarakat sivil itu daripada peguam hak asasi dan aktivis, Ambiga Sreenevasan pada 2013.
Sejak sebulan lepas, khabar angin bertiup kencang mengenai peletakan jawatannya.
Minggu lepas, akhbar arus perdana New Straits Times melaporkan yang Maria mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Batu atau Petaling Jaya Selatan, Ambiga pula dikatakan akan bertanding di Kapar atau Segamat.
Ambiga memberitahu The Malaysian Insight yang beliau “tidak berminat” dengan politik.
“Jika Ambiga tidak bertanding, dia mungkin akan menggantikan Maria sebagai pengerusi Bersih selepas pilihan raya.
“Buat masa sekarang, Shahrul akan menyandang jawatan pengerusi,” kata sumber itu merujuk kepada Timbalan Pengerusi Bersih Shahrul Aman Mohd Saari.
Maria adalah muka lama dalam arena aktivisme Malaysia sejak tiga dekad lepas, memberikan tumpuan kepada perjuangan hak wanita.
Pada 1993, beliau mengahwini rakan aktivis, Yunus Ali yang pernah ditahan tanpa bicara di bawah undang-undang menekan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekitar tahun 80-an.
Maria juga pernah ditahan di bawah satu lagi akta menekan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) pada November 2016.
Beliau diletakkan dalam bilik pengasingan selama 10 hari.
Minggu lepas, Ketua Eksekutif Institut Demokarsi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan mengumumkan pengundurannya daripada badan pemikir tu berkuatkuasa 18 Februari.
Penganalisis politik terkenal itu yang merupakan ahli PAS dijangka meninggalkan parti Islam itu untuk menyertai Bersatu minggu ini.
Wan Saiful dilihat melawat ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, dan masih mendiamkan diri mengenai dakwaan yang beliau akan menyertai Bersatu.
– https://www.themalaysianinsight.com
MC

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena