Wednesday 21 February 2018

[Video WARISAN & HARAPAN Ketepi Perbezaan Demi Negara] Gandingan HARAPAN-WARISAN jana gelombang ubah kerajaan, bikin BN gerun.

Khamis, 22 Februari 2018

Gandingan HARAPAN-WARISAN jana gelombang ubah kerajaan, bikin BN gerun

Bibit kerjasama Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) amat tidak disenangi dan digeruni Barisan Nasional (BN) khususnya pemimpin-pemimpin UMNO wilayah itu.
Pengerusi DAP Sabah, Stephen Wong Tien Fatt berkata, kerjasama HARAPAN dan WARISAN digeruni BN kerana mampu memberi kesan di kawasan bandar dan luar bandar sekaligus mengambil alih pentadbiran kerajaan.
“DAP Sabah yakin untuk menang sekitar 10 kerusi (DUN dan Parlimen) di bandar dan beberapa kerusi luar bandar kawasan masyarakat Kadazan-Dusun-Murut (KDM) dan kita melihat PKR juga mampu untuk memenangi beberapa kawasan campuran semi-urban dan kawasan KDM sekitar 10 kerusi.
“Dengan gelombang yang kuat dari WARISAN khususnya di kawasan masyarakat Bajau dan Suluk, ada 12 kerusi lagi mampu dimenangi parti itu dan wujud kemungkinan besar berlakunya pertukaran kerajaan. Ini yang amat ditakuti BN,” kata Ahli Parlimen Sandakan itu ketika dihubungi Roketkini.
Kesediaan HARAPAN yang telah menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan parti yang diterajui Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Januari lalu dilihat memberi gambaran positif terhadap kerjasama pembangkang utama di Sabah.
Ini termasuk kenyataan Bendahari Agung WARISAN, Terrence Siambun yang dilaporkan menyuarakan kesediaan untuk bekerjasama dengan HARAPAN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Menurut Setiausaha DAP Sabah, Chan Foong Hin, sejarah bakal tercipta di Sabah sekiranya HARAPAN dan WARISAN mencapai kata sepakat menentang BN pada pilihan raya akan datang.
“Inilah kali pertama kita akan melihat parti tempatan pembangkang utama bekerjasama dengan parti peringkat kebangsaan dalam politik pembangkang Sabah.
“Gabungan ini akan dapat melenyapkan banyak kerusi UMNO yang selama ini merupakan deposit tetap kepada BN Sabah, seperti kerusi-kerusi (Parlimen dan DUN) di kawasan Pantai Timur,” kata ADUN Sri Tanjung itu.
Kedudukan itu juga kata Foong Hin juga akan memberi kesan dalam lanskap politik tanah air.
“Gabungan tenaga HARAPAN dan WARISAN akan menjana momentum politik bukan sahaja di Sabah malah seluruh negara.
“Bayangkan, kalau deposit tetap BN di Sabah tak lagi kukuh, dengan senario politik yang begitu komplikasi pun pembangkang dapat runding secara rasional, tiada lagi yang mustahil,” katanya lagi. – Roketkini.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena