Tuesday, 20 February 2018

[Video BONGKAR Skandal NFC Kembali! Pakatan Dah Tahu Menteri Mana Nak Dipenjarakan] PH punya peluang rampas kerusi Parlimen Sik.

Selasa, 20 Februari 2018


Image result for Gambar Lembu duduk Kondominium

PH punya peluang rampas kerusi Parlimen Sik

PH punya peluang rampas kerusi Parlimen Sik

Parti Amanah Negara (AMANAH) kawasan Sik optimis kejutan mampu terjadi dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang akan datang, walaupun BN memenangi kerusi tersebut dalam PRU13 yang lalu.
Pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk dalam kawasan Parlimen Sik masih lagi belum dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri meskipun tempoh khidmat mereka akan berakhir tidak lama lagi.
Ketua AMANAH kawasan Sik, Sulaiman Ibrahim ketika ditemui semalam menyatakan bahawa isu kemiskinan merupakan antara isu terbesar yang belum berjaya diselesaikan oleh kerajaan Umno dan BN yang menerajui kepimpinan sejak 2013 yang lalu.
Sulaiman dan timbalannya, Abdul Rashid (berdiri) tetap bekerjasama untuk memberi pembelaan kepada penduduk kawasan Sik.
Malah katanya, 49,000 pengundi yang berada dalam Parlimen Sik amat mengharapkan nasib mereka diberi pembelaan, sebaliknya sehingga kini masalah kemiskinan yang masih membelenggu penduduk kawasan tersebut belum mampu diatasi.
“Tidak dapat dinafikan Parlimen Sik merupakan salah sebuah kawasan yang termiskin dan tidak dipedulikan secara serius oleh kerajaan negeri maupun kerajaan pusat.
“Masih ramai penduduk dalam kawasan ini menoreh getah sebagai sumber pendapatan serta tidak mempunyai sumber pendapatan yang tetap.
“Kerajaan negeri pula gagal untuk menaikkan taraf hidup dan ekonomi penduduk sehinggakan masih ada yang terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,” ujarnya.
Beliau juga berkata, majoriti 2,807 undi yang berjaya diperolehi oleh BN semasa PRU13 yang lalu, bukan suatu yang mustahil bagi Pakatan Harapan (PH) untuk memenangi kerusi tersebut dalam PRU yang akan datang.
Sehubungan itu AMANAH kawasan Sik telah siap siaga dengan pelbagai persiapan termasuklah mewujudkan bilik operasi, petugas, sukarelawan dan pelbagai aktiviti turun padang sejak AMANAH diwujudkan.
“Majoriti 842 undi yang berjaya diperolehi oleh BN bagi kerusi Dun Belantek dalam PRU yang lalu boleh memberi kejutan dengan kemampuan yang ada pada PH Sik.
Bilik Operasi AMANAH kawasan Sik yang telah siap beroperasi.
“Begitu juga dengan kelebihan undi sebanyak 2,060 undi yang telah dimenangi oleh BN sebelum ini bukan suatu yang mustahil menjelang PRU14 nanti.
“Walaupun Pas mendakwa mempunyai lebih 3000 ahli di Sik ia tidak mampu menggugat kerusi yang akan ditandingi oleh PH di situ,” tegasnya lagi.
Katanya lagi, ramai dalam kalangan penyokong Pas di kawasan Sik telah beralih kepada AMANAH dan juga PH.
“Perubahan ini memberi peluang yang besar kepada AMANAH dan juga PH untuk meraih sokongan berganda setelah Pas tidak lagi bersama dengan PH sepertimana mereka berada bersama Pakatan Rakyat (PR) dahulu.
“Seramai lebih 9000 ahli Umno yang ada di Sik juga bukan sesuatu yang membimbangkan kerana ramai antara mereka telah pun beralih kepada PH kini.
“Kita telah pun mengenal pasti sebahagian besar dari ahli Pas dan Umno yang berada atas pagar dan protes senyap terhadap parti yang mereka sendiri,” jelasnya.
Selain masalah kemiskinan yang belum berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri Kedah, isu bekalan air bersih belum dapat diselesaikan sehingga memberi kesan yang amat besar kepada sebahagian besar rakyat negeri ini termasuk bagi Parlimen Sik.
“Tekanan air masih lagi rendah dan kebanyakan penduduk tidak dapat menikmati bekalan air bersih khususnya pada waktu siang.
“Lebih parah lagi apabila penduduk terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi mencari kaedah untuk menyalurkan air bukit ke kediaman mereka sehingga kini.
Sulaiman dan Abdul Rashid menyantuni penduduk miskin di Sik semalam.
“Ekoran kegagalan kerajaan negeri tersebut AMANAH kawasan Sik telah mengambil insiatif dengan menyumbangkan paip air bagi disalurkan air bukit untuk lebih daripada 100 buah rumah di Kampung Kota Aur dan Sungai Seputeh,” kata Sulaiman lagi.
Sementara itu tambahnya, kerajaan negeri tidak mempunyai keupayaan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam Parlimen Sik, khususnya golongan muda dan lepasan sekolah.
“Terlalu ramai generasi muda tidak mempunyai pekerjaan dan terpaksa mendapatkan peluang tersebut dengan berulang alik ke Pulau Pinang yang jauhnya lebih dari 100 kilometer setiap hari untuk bekerja di kawasan perindustrian.
“Sekiranya kerajaan yang didokong oleh Umno dan BN peduli dan prihatin terhadap penduduk Parlimen Sik, khususnya generasi muda sejak sekian lama, mereka telah boleh mewujudkan industri dan pelaburan yang banyak dalam Parlimen ini.
“Tetapi jelas terbukti dengan begitu ketara kerajaan negeri tidak mengambil berat dan memberi perhatian untuk menyelesaikan kemelut ini sehingga menyukarkan kehidupan penduduk,” ujarnya lagi.
Sejak penubuhan AMANAH kawasan Sik sehingga kini tiada perbezaan politik yang menjadi perkiraan dalam menyalurkan sumbangan maupun bantuan yang menjadi rutin saban waktu.
Antara kekerapan bantuan yang kerap disalurkan ialah keperluan dapur seperti beras, minyak, gula dan seumpamanya kepada golongan miskin yang telah dikenal pasti termasuklah mereka yang masih menjadi ahli Umno dan Pas.
Bantuan basikal bagi pelajar miskin adalah salah satu usaha yang telah, sedang dan akan terus dilaksanakan oleh AMANAH kawasan Sik.
Timbalan Ketua AMANAH kawasan Sik, Abdul Rashid Abdullah pula berkata, bagi mereka yang berjaya memasuki institusi pengajian tinggi dan tidak berkemampuan, AMANAH kawasan Sik telah pun menyalurkan bantuan kewangan antara RM1000 sehingga RM3000 kepada mereka yang layak.
“Sumbangan juga diberikan untuk khairat kematian, bantuan perubatan dan khidmat kaunseling kepada penduduk yang menghadapi masalah.
“Golongan muda tidak dipinggirkan apabila mereka turut sama diberi perhatian melalui pelbagai program perkhemahan, riadah dan sukan serta pertandingan dan kejohanan seperti karom dan bola sepak.
“Untuk golongan wanita AMANAH kawasan Sik juga peduli kepada mereka dengan menganjurkan kursus dan pertandingan hias dan dandan atau ‘make up’,” katanya.
AMANAH kawasan Sik mengambil inisiatif dengan mendapatkan dana yang besar daripada NGO yang sedia membantu penduduk miskin dalam kawasan Sik.
Ini termasuklah baju dan beg sekolah yang telah pun disumbangkan dalam skala besar bagi membantu golongan miskin yang rata-ratanya adalah anak kepada penoreh getah.
Kerajaan negeri juga gagal untuk memanfaatkan pelbagai peluang tarikan pelancongan yang mampu untuk diberikan kepada penduduk kawasan Sik.
“Kawasan tarikan pelancongan yang ada tidak berdaya saing walaupun ia mampu untuk digarap serta memberi pulangan kepada penduduk tempatan.
“Empangan Beris, Gubir, Pedu adalah antara empangan besar yang boleh dimanfaatkan untuk tarikan pelancongan dengan pelbagai daya tarikan termasuklah bagi menambah sumber pendapatan penduduk tidak diakses secara total.
“Walaupun kerajaan negeri telah mengumumkan Daerah Sik sebagai salah satu pusat agro-tourism, namun tiada usaha kearah tersebut yang telah mereka lakukan hingga kini, ” tegasnya.
Adalah difahamkan sehingga kini kerajaan negeri tidak menunaikan janji yang telah mereka laung-laungkan untuk mewujudkan sebuah MRSM bagi Parlimen Sik.
Malah pengumuman untuk membina MRSM tersebut telah pun dibuat oleh Perdana Menteri dan juga Menteri Besar Kedah menjelang PRU13 yang lalu.
Selain itu janji kerajaan negeri untuk mewujudkan pusat pengumpulan hasil pertanian di Beris Jaya tidak beroperasi sejak lima tahun yang lalu walaupun bangunannya telah siap dibina.
“AMANAH dengan kerjasama PH mampu untuk menawan kerusi Dun Belantek dan Jeneri yang menjadi milik BN kini.
“Dengan majoriti sebanyak 842 undi yang diperolehi oleh BN setelah mengalahkan calon Pas dalam PRU yang lalu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dirampas kembali menjelang PRU14.
“Begitu juga dengan kerusi Dun Jeneri yang dimenangi oleh BN dengan majoriti 2060 undi setelah mengalahkan calon Pas dalam PRU yang lalu, ” ujarnya.
Katanya lagi, pertandingan dua penjuru bagi Parlimen Sik dan Dun Belantek dan Jeneri dalam PRU13 yang lalu serta sokongan yang diterima oleh Pas adalah semasa mendapat dokongan PR.
Namun begitu situasi yang amat berbeza kini, membuka peluang yang lebih luas untuk PH bagi mendapat sokongan setelah jelas Pas bersekongkol dengan Umno dan BN.
“Umno dan BN telah membuktikan mereka gagal untuk membela nasib lebih 49,000 pengundi dalam Parlimen Sik walaupun telah memerintah begitu lama.
“Tempoh lima tahun yang mereka tadbir tidak dimanfaatkan dan hanya mengkayakan kroni dan pimpinan Umno dan BN.
“Rakyat Sik semakin menderita, yang miskin bertambah melarat, hidup tidak terbela, kerajaan negeri terbukti tidak berdaya saing di bawah pemerintahan BN hingga kini,” tambahnya lagi.
Rentetan itu katanya, Umno dan BN serta Pas tidak boleh diberi mandat lagi setelah jelas mereka tidak mampu untuk membawa perubahan untuk membela nasib penduduk Sik.
Malaysia Dateline.

1 comments:

Aksel Juro said...

Depo Pulsa 25rb Dan Bonus Chip Gratis Melatih Ayam Bangkok

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena