Wednesday, 28 February 2018

[Video Kalau TV tu murah, tiap-tiap malam saya pecahkan] Isu Tanah Ijok Selesai! Azmin: PAMPASAN yang mana paling menguntungkan peneroka & Kes tanah Ijok diselesai dengan cara terbaik, kata Amanah.

Rabu, 28 Februari 2018


Kes tanah Ijok diselesai dengan cara terbaik, kata Amanah

Kes tanah Ijok diselesai dengan cara terbaik, kata Amanah
Penyelesaian dicapai dalam kes tanah Ijok memberi manfaat kepada peneroka, kerajaan negeri, syarikat terlibat dan pemaju tanah sekarang, kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad yang terlibat secara langsung dalam rundingan itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2018.

KERAJAAN negeri Pakatan Harapan Selangor berjaya memberikan penyelesaian terbaik kepada semua pihak yang terlibat dalam kes tanah Ijok, kata Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad.
Ahli Parlimen Shah Alam itu yang terlibat secara langsung dalam penyelesaian kes tersebut berkata semua pihak yang terlibat khasnya 987 peneroka, kerajaan negeri, syarikat yang gagal menyelesaikan projek dan juga pemaju tanah itu sekarang mendapat manfaat melalui penyelesaian ini.
"Ia satu situasi menang menang apabila semua pihak yang terlibat terbela dan berpuashati," katanya kepada The Malaysian Insight.
Menurut Khalid, pada tahun 2008 apabila Dr Dzulkefly Ahmad, calon PAS ketika itu, menang di Kuala Selangor, kumpulan peneroka terlibat datang berjumpa ahli Parlimen mereka untuk meminta pertolongan.
Dzulkefly, yang kini pengarah strategi Amanah, telah membawa perkara itu kepada kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim ketika itu dan cuba menyelesaikannya dengan cara mengambil alih tanah itu melalui Kanun Tanah Negara.
Namun, ia telah menyebabkan pelbagai pihak, termasuk syarikat terlibat, bank dan juga kerajaan negeri, memfailkan saman ke mahkamah kerana tidak berpuas hati dengan cara itu.
"Apabila Dr Dzulkefly kalah di Kuala Selangor pada 2013, peneroka ini datang pula kepada saya selaku ahli Parlimen Shah Alam. Dari situ saya mula terlibat bersama-sama dengan Dr Dzul dan kemudiannya membawa kes ini kepada menteri besar yang baru Azmin Ali.
"Dari situlah tercapainya penyelesaian ini yang nampaknya disenangi oleh semua pihak khasnya hampir 1,000 peneroka yang terlibat," kata Khalid.
Isu tanah Ijok mula mendapat perhatian ramai apabila wujud dakwaan salah tadbir kerajaan negeri Selangor dalam pemberian tanah itu kepada pemaju sehingga meminggirkan peneroka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2018.
Isu tanah Ijok mula mendapat perhatian ramai apabila wujud dakwaan salah tadbir kerajaan negeri Selangor dalam pemberian tanah itu kepada pemaju sehingga meminggirkan peneroka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Februari, 2018.
Mengikut penyelesaian yang dicapai itu, syarikat pemaju Eco World bersetuju membangunkan kawasan itu dengan dinamakan Eco Grandeur manakala semua pihak sebelum ini iaitu pemaju yang lama, kerajaan negeri dan peneroka mendapat bahagian masing-masing.
Kerajaan negeri mendapat 1,000 ekar tanah, pemaju yang lama mendapat pampasan, peneroka mendapat sebuah rumah teres dua tingkat setiap keluarga bernilai lebih RM450,000 di Eco Grandeur, di samping pampasan RM180,000 setiap keluarga.
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Abdul Rahman Dahlan, mula menimbulkan isu ini seminggu lalu dengan mempersoalkan tindakanmenyerahkan tanah seluas kira-kira 880 hektar (3,200 ekar) itu sebelum kes berkenaan didengar di Mahkamah Persekutuan.
"Apa justifikasi Azmin menyerahkan tanah ini kepada Mujur Zaman Sdn Bhd dan LCBN Development Sdn Bhd, sedangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memihak kepada keputusan bekas Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim, untuk mengambil semula tanah itu.
"Kenapa Azmin tidak menunggu kes ini didengar dulu di Mahkamah Persekutuan, memandangkan kerajaan negeri menang kes itu. Kenapa tergesa-gesa membuat keputusan yang merugikan kerajaan negeri dan rakyat Selangor," katanya pada sidang media pada 14 Februari lalu.
Kenyataannya itu kemudian disokong oleh bekas Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin.
Menurut Khalid Samad, bukan satu dua tetapi berpuluh kes mahkamah yang difailkan oleh pelbagai pihak ekoran tindakan kerajaan negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim mengambil balik tanah itu melalui Kanun Tanah Negara.
"Bila nak selesai sedangkan hampir seribu peneroka yang terlibat terus tertekan. Jadi jalan rundingan adalah mekanisma terbaik dan menghasilkan keputusan yang terbaik," katanya.
Bagi beliau, hanya pihak-pihak yang berkepentingan tertentu sahaja yang tidak berpuas hati dengan kes ini.
"Yang gagal adalah kerajaan di bawah Umno ketika itu selepas tanah ini diambil dari peneroka pada tahun 2000," katanya. – 24 Februari, 2018.
The Malaysian Insight.

3 comments:

Bolavita said...


Hai",, Disini Lagi Bersama Bolavita.. Ayuk Mencoba Keberuntungan Anda Bersama Bolavita..
Dengan Min Depo 50ribu, anda sudah dapat mencoba semua game online Bolavita..

Bila Anda Ingin bergabung bersama kami, Dapat hubungi :
Line : cs_bolavita
WA: 0812-2222-995
Telegram : @bolavitacc

Daftar Secara gratis di http://159.89.197.59/register

Baca Selengkapnya Tentang Prediksi Skor Bola Hiburan : http://bit.ly/2k0sOfX

bolavita said...

Pendaftaran Sabung ayam S128 & Sv388, Cukup dengan 25ribu anda sdh dapat mengikuti taruhan di website kami.

Judi Online Pakai Pulsa! Apakah Bisa?

Sangat bisa, ayuk Deposit Via Pulsa Telkomsel Xl !!..

Yuk daftar langsung di Bolavita | Masih Byk Game seru Online Lainnya

• Sbobet Casino
• Cbo855
• Gd88
• Wm Casino
• Play1628
• Vivoslot

Hubungi kami segera di kontak bawah ini:
Line : cs_bolavita
WA: 0812-2222-995
Telegram : 0812-2222-995

sabung ayam said...

Punya Hobby Bermain Sabung ayam !!!
Mari Mencoba keberuntungan teman" bersama kami

mencoba Tantangan Menang 8x Berturut-Turut Live Casino SexyBaccarat Bolavita

klaim Promo Terbaru bersama bolavita

Yuk daftar langsung di Bolavita | Masih Byk Game seru Online Lainnya

• Sbobet Casino
• Cbo855
• Gd88
• Wm Casino
• Play1628
• Vivoslot

Hubungi kami segera di kontak bawah ini:
Line : cs_bolavita
WA: 0812-2222-995
Telegram : 0812-2222-995

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena