Sunday 25 February 2018

[Video SELOKA KEDAH untuk Pak Long dan Mak Long nak mai Kedah & Silap Mata Daun Ketum Jadi Duit RM150] Pesawah padi dicekik hutang, kenaikan kos telan pendapatan & Lebih perit lagi PM pulak tak makan nasi/beras tempatan!

Ahad, 25 Februari 2018


Related image
Image result for Gambar daun ketum
Berita Baik Untuk Penggemar Air Ketum

Related image
Related image
Najib makan Quinoa

Pesawah dicekik hutang, kenaikan kos telan pendapatan

Pesawah dicekik hutang, kenaikan kos telan pendapatan

Seorang pesawah membanting tulang di sawahnya di Kuala Kedah. Pesawah terpaksa berdepan kos operasi yang tinggi dan berhutang, sedangkan hasil tuaian tidak berapa menjadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Februari, 2018.

PESAWAH Mohd Roshdi Yahya, 50, bergelut setiap hari untuk menjaga makan minum keluarganya kerana hasil tuaian tidak berapa menjadi. Kos operasi yang tinggi untuk mengerjakan bendang menelan pendapatannya.
Beliau bimbang untuk memperturunkan pekerjaan penanaman padi kepada anaknya memandangkan hutang yang ditanggungnya sekarang belum tentu dapat dilunaskan sebelum anaknya menyambung legasinya.
“Boleh dikatakan 90% pesawah hidup dalam hutang,” kata Roshdi yang menetap dekat Kampung Dulang Kecil, di Yan, Kedah, negeri yang terkenal dengan nama jolokan “Jelapang Padi.”
“Bapa saya meninggalkan hutang kepada saya, dan tidak mustahil sekarang ini pun boleh nampak apabila saya tiada nanti, hutang akan diperturunkan kepada anak saya,” kata Roshdi yang merupakan ahli jawatankuasa Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue).
Beliau antara 300,000 pesawah di Kedah, yang menurut Padi Rescue sedang bergelut dengan hutang dan kesempitan hidup kerana peningkatan kos operasi yang mendadak.
Pendapatan yang tidak seberapa itu tambah menyusahkan lagi mereka apabila tertekan dengan hutang.
Walaupun nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia, pesawah ini berkata pengurusan kerajaan yang tidak membantu mereka untuk mendapat pendapatan yang selesa. Monopoli dalam pasaran beras pula tambah membebankan lagi mereka.
Seorang petani dilihat mengeluarkan air di sawahnya untuk menangkap ikan selepas musim menuai di Kubang Rotan, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Februari, 2018.
Seorang petani dilihat mengeluarkan air di sawahnya untuk menangkap ikan selepas musim menuai di Kubang Rotan, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Februari, 2018.
Roshdi berkata golongan pesawah juga sama seperti peneroka Felda yang mengadu tercekik dengan beban hutang dan hasil yang tak seberapa.
Katanya, pengurangan pendapatan pesawah ini dipengaruhi beberapa faktor seperti potongan hasil daripada kilang. Selain itu, kenaikan harga minyak pula mempengaruhi kos pengangkutan seperti mesin bajak, kos upah, benih dan racun.
“Lepas itu pesawah juga terpaksa berdepan dengan ancaman penyakit, faktor cuaca musim kemarau, banjir, padi angin, itu semua faktor hasil sawah berkurangan dan pendapatan kita terjejas,” katanya.
Nasib pesawah ini bertambah malang lagi apabila kilang beras, yang kebanyakannya dimiliki oleh Padiberas Nasional Berhad (Bernas), akan mengambil 20% hasil dari setiap tan padi yang dijual. Ini bermaksud mereka hanya dapat sedikit sahaja hasil dari padi yang dijual.
Roshdi menyalahkan Bernas, syarikat milik jutawan Syed Mokhtar al-Bukhary, yang didakwa lebih mengutamakan keuntungan berbanding kebajikan pesawah.
“Apabila badan yang sepatutnya menjaga kebajikan dan melindungi hak pesawah tiada dan digantikan dengan syarikat swasta, maka nasib kita beginilah, diabaikan.
“Syarikat swasta ini hanya mementingkan keuntungan mereka dan bukannya pada nasib pesawah,” katanya.
Bernas ditubuhkan pada 1996 untuk menggantikan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), agensi yang sepatutnya melindungi kebajikan pesawah dan menjaga industri.
Pesawah mengangkat padi ketika musim menuai di bendang di Kota Sarang Semut, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Februari, 2018.
Pesawah mengangkat padi ketika musim menuai di bendang di Kota Sarang Semut, Kedah. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 25 Februari, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena