Wednesday 21 February 2018

[Video SIAPA SEBENARNYA TALIAN HAYAT Umno? Tun M: Hanya Yang Bodoh Saja Sertai Umno] Papan tanda Gerakan diturunkan, ahli keluar parti kerana dakwa ditipu.

Rabu, 21 Februari 2018


Papan tanda Gerakan diturunkan, ahli keluar parti kerana dakwa ditipu


Ahli Gerakan di sebuah cawangan Johor menurunkan papan tanda parti itu dan keluar parti kerana mendakwa Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng gagal mengotakan janji untuk membantu masyarakat setempat.

China Press melaporkan pucuk pimpinan Gerakan Cawangan Chemara di Simpang Renggam menurunkan papan tanda parti itu pada 6 petang Ahad lalu, sebelum mengetuai 40 ahli di cawangan berkenaan meninggalkan Gerakan pada keesokannya sebagai tanda protes.

Ketua Gerakan Cawangan Chemara, Teo Siang Huat (terjemahan) dipetik akhbar itu sebagai berkata, beliau tidak pernah mengambil sesen daripada parti itu, sebaliknya menggunakan wang sendiri untuk menyewa premis, kos operasi dan papan tanda pejabat parti itu.

Gerakan ialah parti yang baik, tetapi orangnya (Liang) tidak baik kerana menipu, janji mahu tolong macam-macam, tetapi tidak buat,” katanya pada sidang media semalam.

Katanya, masalah tanah 2 tokong di Renggam belum selesai kerana Liang yang juga setiausaha agung Gerakan bertindak lepas tangan.

Beliau turut mendakwa Liang berjanji dapat menyelesaikan masalah kad pengenalan merah 2 warga emas dengan hanya mendapatkan tandatangan timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, katanya, beberapa bulan selepas menyerahkan 2 butiran warga emas, salah seorang daripadanya menerima surat Jabatan Pendaftaran Negara yang menyatakan permohonan kad pengenalannya ditolak.

CELAH GELEGAR

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena