Thursday 22 February 2018

[Video TIGA PENJURU tidak boleh selamatkan Umno] Ladang NFC kini jadi bahan ketawa tetapi yang ternampak bodohnya ialah kita – rakyat Malaysia.

Jumaat, 23 Februari 2018

Foto Rafizi Ramli.
Ladang ternakan NFC di Gemas kali terakhir dilihat ada beberapa ekor lembu yang kurus kering – mercu tanda bagaimana dana awam diselewengkan tanpa ada sesiapa pun dipertanggungjawabkan atas skandal tersebut.

Sampai bila lagi kita hendak tunggu sehingga ada tindakan diambil terhadap mereka yang membazirkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk kesejahteraan negara?

Kerugian NFC siapa yang hendak jawab?

Kerugian NFC siapa yang hendak jawab?
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dihukum penjara 30 bulan semalam kerana melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia) selepas bersalah membocorkan maklumat akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 Februari, 2018.

AHLI Parlimen Pandan Rafizi Ramli dan seorang bekas kerani bank mungkin bersalah melanggar undang-undang perbankan Malaysia kerana membocorkan maklumat akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), tetapi mereka yang salah mengurus projek itu masih lagi bebas.
Naib presiden PKR itu dan kerani Public Bank Berhad, Johari Mohamad dihukum penjara 30 bulan semalam kerana melanggar peruntukan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (Bafia). Mereka kini merayu hukuman berkenaan.
Seluruh episod itu kini jadi bahan ketawa tetapi yang ternampak bodohnya ialah kita – rakyat Malaysia.

Dan kini, sampai bila lagi kita hendak tunggu sehingga ada tindakan diambil terhadap mereka yang membazirkan wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk kesejahteraan negara? – 8 Februari, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena