Thursday 22 February 2018

[Video Indeks rasuah: Malaysia sama standard dengan Cuba & SPRM 'terkujut'?] Malaysia jatuh lagi dalam indeks persepsi rasuah 2017 & DoJ-Skandal 1MDB sebagai “kleptokrasi paling teruk” dan berkata lebih AS$4.5 bilion diubah secara haram menggunakan syarikat palsu di seluruh dunia.

Khamis, 22 Februari 2018


Image result for Gambar Negara Kuba
Cuba
BBC

Malaysia jatuh lagi dalam indeks persepsi rasuah 2017

Malaysia jatuh lagi dalam indeks persepsi rasuah 2017
Seorang penunjuk perasaan memegang sepanduk bendera Malaysia ketika himpunan Bersih 5.0 pada 2016 yang mendesak pilihan raya lebih adil dan mendesak perdana menteri letak jawatan atas tuduhan rasuah. – Gambar EPA, 22 Februari, 2018.

MALAYSIA jatuh ke kedudukan ke-62 dalam indeks persepsi rasuah dunia pada 2017, jatuh tujuh mata berbanding 2016, menandakan kedudukannya yang terendah sejak indeks Transparency International (TI) bermula pada 1995.
Menurut Indeks Persepsi Rasuah 2017, negara lain seperti Cuba, Romania, Jordan, Greece, Arab Saudi dan Croatia kini mendahului Malaysia.
TI berkata analisis lanjut keputusan itu menunjukkan bahawa negara yang kurang perlindungan untuk media dan NGO juga cenderung mencatatkan kadar rasuah terburuk.
Ini tahun ketiga Malaysia mendapat kedudukan corot dalam kaji selidik badan pemantau anti rasuah itu berkenaan tanggapan rasuah dalam sektor awam.
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) menarafkan 180 negara berdasarkan kepada tahap tanggapan mereka terhadap rasuah dalam sektor awam mengikut kepada kepakaran dan masyarakat perniagaan. Ia menggunakan skala 0 hingga 100 di mana 0 ialah sangat rasuah dan 100 sangat bersih.
Malaysia, sejak skor 52 diperoleh pada 2014, mencatatkan penurunan setiap tahun, melepasi mata pertengahan pada 2016 (49) dan mencecah 47 pada 2017.
Pada 2017, Peguam Negara Amerika Syarikat Jeff Sessions menggelar skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai “kleptokrasi paling teruk” dan berkata lebih AS$4.5 bilion diubah secara haram menggunakan syarikat palsu di seluruh dunia.
Menurut penganalisis wilayah Asia Pasifik CPI, lebih separuh daripada negara itu mendapat markah kurang daripada 50 dengan purata skor 44. New Zealand dan Singapura mendahului dengan skor masing-masing 89 dan 84, sementara Filipina (34), India (40) dan Maldives (33) adalah negara dengan kedudukan tercorot.
Penasihat DAP Lim Kit Siang sebelum ini berkata Malaysia berada pada kedudukan paling bawah dalam tempoh 23 tahun dalam CPI 2017, di mana dalam kadar itu, China dan Indonesia akan mengalahkan Malaysia dalam tempoh lapan dan 14 tahun. – 22 Februari, 2018.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena