Monday 26 February 2018

[Video DAP serah Alor Gajah pada BERSATU & MCA akan terhapus di muka bumi ini!] MCA: Nazri tak ada hak minta Kuok lepaskan kerakyatan & MCA: Umno, PAS kini SALING MENGGODA. Haiyaaa...

Isnin, 26 Februari 2018

TAK ADIL KALAU SELALU BERPIHAK KEPADA DAP, JIKA MCA JUGA RASIONAL, KENA SETUJU BETUL..

Bagaimanapun di harap mca tidak berdrama untuk undi kaum cina sambil membantu nazri dapat simpati melayu..

Serangan pemimpin Umno terhadap tokoh perniagaan Tan Sri Robert Kuok dengan dakwaan memberi dana kepada parti pembangkang boleh menjejaskan perpaduan kaum, kata MCA.
Setiausaha Agung MCA Ong Ka Chuan dalam satu kenyataan berkata tuduhan yang dilemparkan beberapa pemimpin Umno dan Raja Petra Kamaruddin merupakan percubaan menyebarkan kebencian dan perpecahan.
"Mangsa (kepada tuduhan itu) bukan saja Kuok, tapi juga hubungan antara kaum," kata Ong.
Ong turut memetik Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang menggesa Kuok melepaskan kerakyatan.
"Menteri Pelancongan tidak ada hak meminta mana-mana rakyat Malaysia melepaskan kerakyatan. Itu bukan bidang kuasanya," katanya.
Ong menekankan Kuok bukan saja ahli perniagaan yang berjaya, tapi juga individu yang banyak berjasa kepada negara.
Sementara itu, jurucakap MCA Ti Lian Ker berkata serangan Nazri terhadap Kuok tidak akan membantu BN dan sebaliknya memberi manfaat kepada DAP.
"Robert Kuok sebagai ahli perniagaan mempunyai hak untuk menyokong mana-mana parti yang beliau mahu.
"Secara peribadi, saya percaya beliau sebagai ahli perniagaan boleh menyokong banyak parti politik dan ahli politik sama ada daripada BN atau Pakatan Harapan.
"Tidak perlu berlebihan sehingga bersikap tidak sopan dalam perkara ini," kata Ti dalam satu kenyataan.
Ti merujuk kenyataan Nazri sebelum ini terhadap Kuok.
Ti menggesa rakan sejawatnya di BN kekal bertenang dan tidak melampaui batas.
Nama Kuok diheret ke dalam politik susulan artikel oleh raja Petra yang menuduh ahli perniagaan itu mendanai DAP dan The Malaysian Insight.
Selain Nazri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Setiausaha Agung BN Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut merespons isu ini dengan mendakwa Kuok sebagai tidak kenang budi.

Posted by 

MCA: Umno, PAS kini SALING MENGGODA


MCA berpendapat Umno dan PAS kini sedang giat saling 'menggoda' antara satu sama lain dan ia berpunca daripada pengundi Cina menyokong DAP pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata oleh sebab itu masyarakat Cina di negara ini perlu kembali menyokong MCA pada PRU ke-14 bagi menghentikan amalan politik perkauman dan agama.
"Adakah Umno akan bekerjasama dengan PAS? Mereka saling menggoda satu sama lain sekarang. Semua orang boleh nampak.
"Negara ini (jadi begini sekarang) sebab pengundi Cina secara beramai-ramai bergerak ke satu sisi (mengundi) DAP.
"Dalam keadaan itu kedua-dua parti (Umno dan PAS) akan saling memikat antara satu sama lain," katanya.
Tanpa sokongan pengundi Cina kata presiden ke-10 MCA itu keadaan berkenaan hanya akan membawa kepada kerajaan teokrasi (sistem pemerintahan meng­gunakan hukum-hakam agama sebagai dasar peme­rintahan negara).
"Kita tak mahu lihat ini terjadi. MCA akan cuba sedaya upaya menghentikannya daripada terjadi," katanya.
Liow berkata demikian semasa berucap di Sidang Kemuncak Belia Cina Malaysia di Serdang hari ini.
Jangan cuba uji
Sejak meninggalkan gabungan pembangkang, PAS didakwa bersikap lebih lunak kepada Umno berbanding sebelum ini, dan lebih berkeras dengan DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan PKR.
Pada masa sama Umno juga dilihat tidak lagi giat menyerang PAS sebaliknya menumpukan perhatian ke arah Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Menurut Liow MCA boleh menghalang proses Islamisasi Malaysia jika pengundi Cina memberikan sokongan penuh kepada parti itu apabila PRU ke-14 berlangsung.
"Ramai orang kata MCA sudah tidak lagi relevan. Itu salah. MCA sekarang parti kedua terbesar...
"Sekurang-kurangnya kita sudah memastikan negara ini ditadbir mengikut prinsip pluralisme, moden dan harmoni selama 60 tahun," katanya.
Sebagai contoh kata anggota parlimen Bentong itu, bantahan daripada MCA menyumbang kepada keputusan Umno membatalkan sokongan terhadap rang undang-undang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda peruntukan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 baru-baru ini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena