Wednesday 21 February 2018

[Video Dr M mahu ke Pekan & Dr M saran ahli Umno rayu pengundi Pekan tolak Najib] Generasi kedua Felda akan datangkan ‘bahaya’ kepada BN pada PRU14.

Khamis, 22 Februari 2018



Generasi kedua Felda akan datangkan ‘bahaya’ kepada BN pada PRU14

Generasi kedua Felda akan datangkan ‘bahaya’ kepada BN pada PRU14
Penasihat Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Kedua Felda, Zulkefli Nordin berkata kebanyakan generasi kedua anak Felda kini berpelajaran tinggi dan mempunyai profesion hebat yang menyebabkan mereka tidak mudah digula-gulakan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Februari, 2018.

GENERASI kedua Felda yang rata-ratanya berpendidikan dan terdedah kepada maklumat daripada pelbagai saluran akan mendatangkan “bahaya” kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Jawatankuasa Bertindak Suara Generasi Kedua Felda.
Penasihatnya Zulkefli Nordin berkata, Pengerusi Felda Shahrir Samad tidak mendapat maklumat begitu tepat apabila mengatakan undi Felda masih bersama BN.
“Kuasa atau suara yang lantang di kawasan Felda datang daripada generasi kedua. Anak-anak generasi kedua yang rata-ratanya berpelajaran dan daripada profesion yang agak hebat tidak semudah itu digula-gulakan.
“Mereka terdedah kepada infomasi di media massa secara terbuka. Generasi kedua akan menggunakan pengaruh mereka mempengaruhi undi generasi pertama,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Menurut Zulkefli, generasi pertama peneroka Felda yang rata-ratanya berumur 70 tahun ke atas sudah tidak lagi berpengaruh.
“Ramai dalam kalangan mereka telah menyerahkan ladang untuk diuruskan oleh anak anak mereka daripada generasi kedua.
“Ramai juga generasi kedua yang mengambil alih ladang setelah emak ayah mereka meninggal dunia.
“Generasi pertama memang diakui mereka ramai yang ‘totok’ Umno. Tapi berapa kerat sangat generasi pertama yang tinggal?” katanya.
Zulkefli mengulas kenyataan Shahrir dalam wawancara bersama The Malaysian Insight yang mengatakan majoriti peneroka Felda masih menyokong BN kerana usahanya memulihkan agensi berkenaan daripada pelbagai isu dan skandal kini semakin dirasai peneroka.
Shahrir berkata, majoriti peneroka kini bersama Felda dan hanya sebilangan kecil yang tidak dapat dipuaskan hatinya memilih untuk menolak Felda.
"Ada 93% peneroka kini bersama Felda, iaitu sekitar 105,000 peneroka bersama kita, apa yang pembangkang nak pulihkan, apa model dia sebenarnya," kata pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insight.
Zulkefli turut mempersoalkan dari mana Shahrir mendapat maklumat majoriti undi Felda masih kekal bersama BN.
“Daripada Seranta Felda? Seranta Felda tak melaporkan isu sebenar kepada pihak atasan.
“Daripada JKKR? Sebahagian besar Ahli Jawatankuasa JKKR termasuk ketua- ketua peneroka mempunyai hubungan yang tidak baik dengan peneroka dan anak-anak peneroka,” katanya merujuk kepada Unit Seranta Felda di bawah Jabatan Perdana Menteri dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR).
Kebanyakan generasi pertama peneroka Felda yang rata-ratanya berumur 70 tahun ke atas sudah tidak lagi berpengaruh dan lebih senang menyerahkan segala urusan ladang kepada anak-anak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Februari, 2018.
Kebanyakan generasi pertama peneroka Felda yang rata-ratanya berumur 70 tahun ke atas sudah tidak lagi berpengaruh dan lebih senang menyerahkan segala urusan ladang kepada anak-anak. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Februari, 2018.
Unit Seranta yang ditubuhkan pada 1981 bertujuan memantau sosio politik warga Felda yang keseluruhannya berjumlah hampir 2 juta orang.
Sementara JKKR mempunyai fungsi tugas kerja yang sama dengan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Melalui JKKR, segala masalah yang dihadapi oleh para peneroka dapat disalurkan kepada pihak Felda mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menurut Zulkefli, tiga permasalahan utama peneroka Felda seperti permasalahan ladang, hutang dan kadar perahan sawit masih belum diselesaikan kerajaan.
“Jika Felda dan kerajaan dapat menyelesaikan isu ini, saya amat yakin warga Felda akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan,” katanya.
“Kalau BN nak menang selesaikan tiga isu ini. Dan kalau nak kalah PRU14 lupakanlah tiga isu tersebut.”
Zulkefli berkata, walaupun beliau dan rakan-rakan sudah membangkitkan isu ini berkali-kali kepada Felda dan kerajaan, ia masih tidak diselesaikan.
Sebanyak 51 kerusi Parlimen di semenanjung mengandungi Felda yang mana sejak sekian lama merupakan deposit tetap BN.
Menyedari kepentingan undi peneroka,  Bersatu yang dipengerusikan Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab menggempur Felda untuk Pakatan Harapan apabila bertanding di 27 kerusi.
Manakala PKR 13, Amanah lapan, dan DAP lima kerusi. – 21 Februari, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena