Thursday 22 February 2018

[Video Bantah GST! Adam Adli: Rakyat Boleh Turunkan Kamu Najib & Adam Adli sebak, bebas tuduhan menghasut] MAHKAMAH Rayuan-Adam Adli perlu dibebaskan atas alasan teknikal.

Khamis, 22 Februari 2018



Image result for Gambar Bantah GST



Image result for Gambar Bantah GST
Kredit : Astro Awani

Aktivis Adam Adli bebas tuduhan menghasut

Aktivis Adam Adli bebas tuduhan menghasut
Aktivis Adam Adli Abd Halim meninggalkan Mahkamah Rayuan di Putrajaya selepas hakim hari ini membebaskannya daripada sabitan berhubung kesalahan hasutan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 22 Februari, 2018.

MAHKAMAH Rayuan membatalkan sabitan hasutan terhadap aktivis Adam Adli Abd Halim, berkata "penyalahgunaan undang-undang" di bawah Akta Hasutan 1948.
Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Mohd Zawawi Salleh, yang mengetuai panel tiga hakim yang terdiri daripada Kamardin Hashim dan Abdul Rahman Sebli, memutuskan Adam Adli perlu dibebaskan atas alasan teknikal.
"Pada pendapat kami, terdapat penyalahgunaan undang-undang ... apabila beliau didakwa dan hakim mendapati defanden bersalah di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Hasutan, Seksyen 3 (1) (c) dan Seksyen 3 (1) (d) tetapi beliau tidak menyentuh Seksyen 3 (1) (b), yang mana beliau didapati bersalah," kata Zawawi.
"Dan pada pendapat kami ... seksyen itu tiada hubungannya dengan ucapan yang diberikan oleh defendan. Seksyen tersebut berkaitan dengan (komen menghasut yang dibuat terhadap) badan kehakiman, pemerintah.
"Penyalahgunaan undang-undang menyebabkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi tidak dapat dipertahankan," kata Zawawi.
Adam Adli, 29, didenda sebanyak RM5,000 tetapi tanpa hukuman penjara kerana membuat kenyataan menghasut menyeru kerajaan digulingkan seminggu selepas pilihan raya umum 2013.
Beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 19 September 2014 dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan.
Mahkamah Tinggi yang mengekalkan sabitan itu pada 18 Februari 2016, bagaimanapun menggantikan hukuman penjara dengan denda RM5,000.
Kerajaan merayu menaikkan hukuman daripada denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya, kepada tahap maksimum bagi pesalah pertama. – 22 Februari, 2018.
The Malaysian Insight.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena