Sunday 25 February 2018

[Video TERKINI~Ucapan Tun Mahathir Di Kampung Tampoi. "Sikit lagi Tun, dah nak dekat PRU14 good job"] Quinoa lawan nasi pada PRU14.

Ahad, 25 Februari 2018


Sikit lagi Tun. Dah nak dekat pru 14 good job.

Image result for Gambar najib makan beras mahal
... Lim Kit Siang hari ini mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang bijirin “quinoa” yang dikatakan 23 kali lebih mahal berbanding beras.

Kuinoa lawan nasi pada PRU14, kata DAP

Kuinoa lawan nasi pada PRU14, kata DAP
Makan kuinoa adalah bukti Najib Razak dan BN tidak memahami kesusahan hidup rakyat Malaysia, kata Lim Kit Siang. – Gambar The Malaysian Insight, 23 Februari, 2018.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengatakan Najib makan makanan yang 23 kali lebih mahal berbanding nasi, makanan ruji 30 juta rakyat Malaysia.
Katanya, mereka yang mampu makan kuinoa berada dalam kelompok 2% teratas rakyat Malaysia.
“Sehingga siaran langsung perdana menteri semalam, saya tak pernah dengar quinoa- malah, saya tak tahu pun kuinoa tu wujud.
“Ini mengingatkan saya tentang kisah Marie Antoinette, Ratu terakhir Perancis sebelum Revolusi Perancs pada 1789 apabila dia mengatakan ‘biar mereka makan kek’ bila dia menyedari rakyat biasa tiada roti untuk di makan.
“Maharaja China Hui daripada Dinasti Jin juga pernah berkata ‘mengapa mereka tak makan daging?’ apabila diberitahu rakyatnya tidak cukup nasi untuk dimakan,” kata Kit Siang pada sidang media di Pulau Pinang hari ini.
Najib ketika bercakap pada siaran langsung di Facebook dalam program Bajet 2018 Bersama Rakyat semalam, mengatakan beliau makan bijiran import dari Amerika Selatan itu berbanding nasi kerana ia lebih sihat dan kerana beliau kurang masa untuk bersenam.
Kit Siang mengatakan DAP adalah yang pertama mengkritik Najib kerana tidak memahami penderitaan rakyat Malaysia, menerusi Ahli Parlimen Segamat Lim Lip Eng.
“PRU14 akan jadi kuinoa lawan nasi, kerajaan bersih lawan kleptokrasi, dan Najib lawan rakyat Malaysia,” kata Kit Siang lagi.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengatakan kelembapan ekonomi disebabkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjadi punca peningkatan harga barangan dan perkhidmatan.
Ketua menteri Pulau Pinang itu mengatakan situasi itu tidak seperti yang digambarkan Barisan Nasional bahawa semuanya indah belaka di Malaysia.
“Rakyat susah, terutama sekali mereka yang di bawah (keluarga berpendapatan rendah).
“Mereka hanya boleh makan nasi, bukan kuinoa. Kelas atasan makan kuinoa yang berharga hampir RM600 untuk 10kg.
“Kita makan nasi yang harganya sekitar RM26 untuk 10kg..jangan cakap nasi, ada juga yang tak mampu nak makan nasi,” kata Guan Eng pada sebuah majlis perumahan mampu milik di Butterworth pagi tadi. – 23 Februari, 2018.
TMI.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena