Wednesday 5 December 2018

[Video 8 Disember! Respon Pemimpin Umno Macam Budak-Budak] Patut ke TAK PATUT? Nik Amar pergi menunaikan umrah di ketika Pas bertungkus lumus mengerah ahli-ahlinya hadir ke perhimpunan 8 Disember! Bijak, bijak..Apa-apa hal berlaku walaun tanggung sendiri.

Rabu, 5 Disember 2018

Mohd Amar tak dapat hadir himpunan bantah Icerd kerana pergi umrah

Seru Walaun untuk berhimpun..
Tapi diri sendiri tak hadir.. ðŸ˜…
Bijak bijak..
Apa apa hal berlaku Walaun tanggung sendiri.. ðŸ˜‚
Walaun gak terus jadi tolol kena tipu dek Lebai...kahkah.

TAK PATUT, TAK PATUT, TAK PATUT...

Sejujurnya memang tidak patut, tidak patut dan sama sekali tidak patut bagi Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Naib Presiden Pas, Nik Amar Mohd Abdullah pergi menunaikan umrah di ketika Pas bertungkus lumus mengerah dan mengarahkan ahli-ahlinya hadir ke perhimpunan 8 Disember ini sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran  kerana ICERD tidak diratifikasi oleh kerajaan.

Kenapa pilih pergi umrah sama tarikh dengan himpunan ICERD?

Bukankah jadual perhimpunan 8 Disember ini sudah ditetapkan agak lama sebelum ini?
Bila pula Nik Amar membuat tempahan untuk pergi umrah?

Sebelum atau selepas tarikh perhimpunan 8 Disember itu ditetapkan?

Tetapi, bila pun beliau membuat keputusan mahu menunaikan umrah itu, Nik Amar sebagai orang perjuangan dan pemimpin kanan Pas, sepatutnya tahu memilih mana satu sebagai keutamaannya.

Dalam hal ini juga, Nik Amar harus sedar beliau adalah pemimpin nombor tiga dalam Pas dan takkanlah ketika kononnya ratusan ribu ahli Pas hadir di perhimpunan itu, tiba-tiba kelibatnya langsung tak kelihatan?

Tak patut, tak patut, tak patut...

Lebih daripada itu, kerajaan negeri Kelantan juga telah membuat pengisytiharan bahawa tarikh 9 Disember bersamaan hari Ahad iaitu sehati selepas himpunan itu diumumkan sebagai cuti peristiwa untuk membolehkan beribu-ribu penyokong Pas Kelantan dapat menghadirinya.

Takkanlah ketika berpusu-pusu rakyat Kelantan sedia hadir ke perhimpunan itu, tiba-tiba Nik Amar sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan sendiri sedang menunaikan umrah pula.

Tak patut, tak patut, tak patut....
Lagi pun, rasanya pemergian Nik Amar menunaikan umrah kali ini bukanlah kali yang pertama baginya. Mungkin sebelum ini beliau sudah tiga atau empat kali berpeluang menunaikan umrah.

Maka, sebaiknya tunda sajalah pemergian menunaikan umrah itu. Bila-bila masa di lain kali boleh pergi lagi, tetapi perhimpunan ICERD hanya ada sekali ini saja.

Tundalah....tundalah...tundalah....Husam pun sanggup bayarkan denda tukar tarikh tu ustaz!!! (ShahbudinHusin 05/12/2018)

1 comments:

Unknown said...

Mmphhh alahai. Sang keLEBAI. Mulut bkokok... ekor bgelumang najis.

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena