Tuesday 4 December 2018

[Video IGP - Waytha disiasat bawah Akta Hasutan] 17 Laporan polis Papa Gomo disiasat, direman & 150 Laporan polis Waytha masih tak disiasat? 3 ahli PAC ditukar & Ambrin beri kerjasama baik, kata pengerusi PAC.

Selasa, 4 Disember 2018

Ambrin beri kerjasama baik, kata pengerusi PAC

Siasat dan pecat sekali dgn si YB Ganabathirau. Jgn lupa si pihak pemaju yg mengupah samseng di waktu kejadian. Ni dalang utama...!

INI SOALAN YANG LOGIK?

PDRM perlu relevan dan sensitif. Perlu lebih responsive dengan keperluan dan isu rakyat.
Posted by 

3 ahli PAC ditukar

Tiga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) ditukar hari ini.
Mereka ialah Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru), Willie Mongin (PH-Puncak Borneo), dan Hasan Arifin (BN-Rompin).
Mereka akan digantikan oleh Nurul Izzah Anwar (PH-Permatang Pauh), William Leong (PH-Selayang), dan Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong).
Untuk rekod, Leong dan Hasan pernah menjadi Anggota PAC sebelum ini. Hasan merupakan pengerusi PAC antara 2015 hingga pertengahan 2018.
PAC ketika ini dipengerusikan oleh Ronald Kiandee (BN-Beluran). Anggota lain dari kalangan pembangkang ialah Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) dan Robert Lawson Chuan (GPS-Betong).
Sementara anggota PAC lain dari kalangan kerajaan ialah Wong Chen (PH-Subang), Steven Chong (PH-Tebrau), Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat), Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera), dan Wong Shu Qi (PH-Kluang).
Dengan penyertaan Nurul Izzah dan Noraini, kini terdapat tiga anggota wanita dalam PAC.

Ambrin beri kerjasama baik, kata pengerusi PAC

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Ronald Kiandee berkata bekas ketua audit negara Ambrin Buang memberikan kerjasama yang baik ketika hadir memberi keterangan berhubung siasatan laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Dia (Ambrin) memberikan kerjasama yang baik dan banyak keterangan yang akan membantu PAC.
"Ia membincangkan mengenai isu berkaitan laporan audit yang diubah," katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini.
Ronald yang merupakan anggota parlimen Beluran bagaimanapun berkata, pihaknya tidak dapat memberikan butiran terperinci mengenai siasatan tersebut memandangkan ia masih belum selesai.
Pada 25 November lalu, Ketua Audit Negara Madinah Mohamad mendedahkan bahawa beberapa bahagian dalam laporan audit asal 1MDB  dikeluarkan atas arahan bekas perdana menteri Najib Razak.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena