Sunday 9 December 2018

[Video Pencapaian PRU14 bukti DAP diterima Melayu] Himpunan 812, Pesta Melayu puja KEMUNGKARAN, memuja para KORUPTOR dan PENYAMUN! Maka, berhimpunlah secara berjemaah semata2 nak DOAKAN UMAT ISLAM lain yg tak sokong UmnoPas PENDEK UMUR!

Isnin, 10 Disember 2018
Image may contain: text
Himpunan 812, pesta Melayu puja kemungkaran... 
Kita salut pada puak perompak, munafik, berjaya menghimpunkan ribuan lembu, kerbau, kambing, ayam itik datang berpesta menjulang kemungkaran, kemunafikan dan kerakusan mereka yg bakal beradu di Sg Buloh tak lama lagi.  

Tidak pernah dalam sejarah politik Malaysia selepas Merdeka orang Melayu sanggup menghabiskan masa, tenaga, berhimpun di ibukota untuk memperjuangkan nasib para penyamun, golongan munafik yang menipu bangsa Melayu, dan juga menipu Allah. 

Jangan bandingkan perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union pada tahun 1946. Itu perjuangan luhur menentang penjajah British dan membela raja-raja Melayu yang mahu dijadikan boneka British. Orang kampung, nelayan, pesawah, kaum butruh, lebai dan siak turun padang sanggup berjihad.  

Ini perhimpunan sakral, diberkati Allah. Para pemimpin yang menerajui perhimpunan itu adalah pejuang-pejuang super tulen, ikhlas dan jujur, dan bukan dari kalangan perompak, lanun, lebai-lebai munafik dalam UMNO dan PAS sekarang. 

Perhimpunan 8 Disember ditajai oleh mereka yg menunggu masa ke Sg Buloh meratapi nasib sebagai penyamun, perompak, koruptor super wahid. Mereka sanggup belanja berjuta ringgit untuk menjemput lembu, kerbau balaq, kambing, ayam itik mengadakan pesta pujaan mereka.  

Bayangkan bila ditemubual oleh wartawan matyeh-matyeh ini pun tidak tahu apa yg mereka perjuangkan. Bagi sedikit upah, nasi bungkus, T shirt dan kep Melayu jenis ini akan menjerit melolong sampai terkentut dan terberak memuja para koruptor dan penyamun yang melihat para kaldai dan baghal dengan senyuman meleret. 

Inilah Melayu berstatus baghal dan kaldai yang boleh dijualbeli dengan harga murah. Mereka dikuasai emosi melulu, miskin ilmu, maruah tiada, hargadiri pupus. Mereka mudah dimanipulasi oleh pafra perompak, lanun, koruptor serta lebai-lebai munafik untuk berjuang bersama syaitan, iblis dan puaka-puaka politik yg lain.

Perjuangan kalian sia-sia saja, tidak diberkati Allah kerana kamu hanya menjadi alat para penyamun dan lebai-lebai munafik. Kamu lupa para penyamun dan lebai-lebai munafik inilah yg membangsatkan Melayu sekarang. 
Insaflah, wahai Melayu yang dikaldaikan UMNO dan PAS. Kembalilah ke jalan yang direstui Allah. Berjuang mencari kebenaran, keadilan dan keberkatan Allah untuk kebajikan rakyat jelata. Jangan percaya pada dongeng dan ratapan buaya para penyamun dan lebai-lebai munafik kononnya kerajaan PH akan menandatangani ICERD, dan Melayu akan hilang kuasa politik dan hak istimewanya.  

Jangan meroyan. Jangan menipu diri sendiri. Jangan jadi buah catur para penyamun dan lebai-lebai munafik yang tiada maruah, hargadiri dan kredibiliti itu. - Yahaya Ismail 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena