Sunday 2 December 2018

[Video Tak perlu terima MP Umno lompat parti] Muhyiddin: Akta Hasutan boleh digunakan dalam isu kuil.

Ahad, 2 Disember 2018

Muhyiddin: Akta Hasutan boleh digunakan dalam isu kuil

Kerajaan bersetuju untuk menggunakan dua akta yang kini dalam moratorium dan kajian semula dalam isu Kuil Sri Maha Mariamman Subang Jaya, kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata beliau telah membawa cadangan itu dan dipersetujui dalam mesyuarat kabinet pada 30 November lalu.
Katanya, dua akta itu adalah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 223 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA).
Walaupun kerajaan telah mengenakan moratorium (penggantungan) terhadap dua akta itu, tetapi pengecualian diberikan bagi menangani isu kuil yang bermula awal minggu ini.
"Jemaah menteri setuju dengan pandangan saya dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo bahawa dua akta ini - Akta Hasutan dan CMA - yang sebelum ini ada moratorium (boleh digunakan dalam isu ini). 
"Tetapi dengan keadaan semasa yang berlaku terutama berkaitan kes kuil ini, kabinet setuju polis dibenarkan bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," katanya dalam sidang media di Kuil Sri Maha Mariamman hari ini.
Polis telah membuka empat kertas siasatan bawah Akta Hasutan berhubung insiden yang berlaku di kuil itu, termasuk terhadap penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo.
Moratorium dikenakan pada Oktober lalu selepas Gobind membawanya ke Kabinet.
Ia melibatkan beberapa undang-undang yang dilihat cenderung untuk disalah guna iaitu Seksyen 233 CMA, Akta Hasutan, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), Akta Pencegahan Jenayah (Poca) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).
Seksyen 233 CMA berkenaan penyalahgunaan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian tetapi dikritik kerana terlalu luas, justeru menyebabkannya digunakan secara sewenang-wenangnya.
Susulan rusuhan di kuil itu, Gobind sebelum ini membayangkan beliau sedia untuk menggunakan seksyen itu jika ia membabitkan keselamatan negara dan keharmonian antara kaum.
Mk.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena