Monday, 13 May 2013

‘Apa lagi Kit Siang mahu?’ soal Utusan

Isnin, 13 Mei 2013
‘Apa lagi Kit Siang mahu?’ soal Utusan
utusan-apa-lagi-cina-mahu
Mykmu.net



Oleh Zurairi AR
May 13, 2013
KUALA LUMPUR, 13 Mei — Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mencadangkan hari ini dengan menghina Umno, Lim Kit Siang dari DAP mengharapkan tindak balas belas keras dari Melayu.
Di bawah tajuk “Apa lagi Kit Siang mahu?”, pengarang kanan akhbar tersebut Zulkiflee Bakar menuduh Kit Siang dan DAP membahayakan keselamatan rakyat Malaysia dengan melanggar undang-undang berikutan penganjuran perhimpunan haram beberapa hari lalu.
“Apa lagi Kit Siang mahu? Tidak puas lagikah selama ini ketika kempen pilihan raya berlangsung Kit Siang yang kononnya memperjuangkan demokrasi tulen dan kebebasan bersuara membiarkan pemimpin-pemimpin DAP memaki hamun pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN)? Belum gembirakah lagi beliau apabila DAP berjaya menentang habis-habisan usaha perjuangan Islam oleh PAS termasuk hukum hudud?” soal Zulkiflee di kolumnya.

“Oleh itu kita ingin bertanya apa lagi Kit Siang mahu? Tidakkah beliau terfikir tindakan yang beliau lakukan sekarang khususnya dengan menghina pemimpin-pemimpin Umno mungkin boleh mendatangkan tindak balas daripada kalangan orang Melayu?” tambah beliau sambil memberi amaran kepada penasihat DAP itu agar “tidak bermain dengan api” dalam membakar semangat rakyat.
Akhbar tersebut secara konsisten menyalahkan DAP dan pengundi Cina behubung dengan keputusan pilihan raya umum minggu lalu.
Dalam Pilihan Raya 2013, BN menang pilihan raya tetapi hilang undi popular.
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mencadangkan “tsunami Cina” menyebabkan BN mendapat keputusan pilihan raya terburuk dalam sejarah.

Utusan Malaysia, akhbar dimiliki Umno, juga mencadangkan pengundi Cina cuba melakukan provokasi kaum dengan mengundi menentang BN, dengan satu tajuk muka hadapan akhbar itu berbunyi, “Apa lagi Cina Mahu?”.
Akhbar itu dilihat — bersekutu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad — dan pemimpin parti lain secara konsisten berhujah undi menentang Umno yang mengetuai BN sama dengan undi menentang Melayu.
Ini berlaku apabila secara faktanya parti PR PAS dan PKR sebahagian besarnya ahlinya Melayu-Muslim. DAP turut meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya.

Semalam, Najib mempertahankan partinya daripada pertuduhan perkauman, sebaliknya menuduh DAP yang bersikap perkauman.
Di sebalik dakwaan Umno, analisis keputusan Pilihan Raya 2013 menunjukkan perpecahan bandar-luar bandar berbanding perpecahan Melayu-Cina dalam corak pengundian rakyat Malaysia minggu lalu.
Walaupun majoriti daripada Cina menyokong parti PR, terdapat angka signifikan undi Melayu terhadap parti pembangkang, terutamanya di kawasan bandar.
Datuk Zulkifli Noordin membangkitkan tentang insiden 13 Mei malam tadi apabila beliau menuduh Penasihat DAP Lim Kit Siang di belakang rusuhan kaum terburuk Malaysia dikala pemimpin Umno terus-menerus menyalahkan keputusan pilihan raya minggu lepas sebagai “tsunami Cina” yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat (PR).
Naib presiden Perkasa kontroversi, calon langsung Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013, membuat pertuduhan dalam mesej yang dihantar di Twitter pada malam ulangtahun ke 44 rusuhan tersebut.

Lim seringkali menjadi sasaran kumpulan Melayu berhaluan kanan yang menyalahkannya di atas rusuhan tersebut walaupun Penasihat DAP itu tidak berada di Kuala Lumput apabila rusuhan itu tercetus.
Bekas ahli Umno Tamrin Ghafar telah membersihkan Lim semasa kempen Pilihan Raya 2013 dengan mengatakan Umno sendiri di belakang rusuhan tersebut.

Anak bekas timbalan perdana menteri Tun Abdul Ghafar Baba mengatakan beliau diberitahu oleh bekas menteri dalam negeri, Tun Ghazali Shafie, insiden 13 Mei disebabkan oleh rampasan kuasa dalaman Umno terhadap Bapa Kemerdekaan Negara Tunku Abdul Rahman.
Hari ini Utusan Malaysia mendakwa Lim menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan kata-kata termasuk menggunakan istilah “syaitan yang dikenali menjadi Perdana Menteri”.
Zulkiflee mencadangkan DAP mungkin kecewa kerana selama ini mereka sudah “memperkudakan” PKR dan PAS bagi meraih sokongan Melayu. Menurutnya, DAP berharap melalui cara itu, orang Melayu akan menyokong pembangkang manakala soal pengundi Cina biar mereka uruskan.
The Malaysian Insider

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena