Thursday 9 May 2013

Azmin Ali MB Selangor & Azmin Ali Lawan Tauke?

Khamis, 9 Mei 213
Azmin Ali MB Selangor.
Mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat setuju menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Difikir oleh AdukaTaruna pada 5/09/2013 09:24:00 PM  




Azmin Ali Lawan Tauke?

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan sinis yang kononnya ditujukan kepada penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Twitter miliknya Selasa lalu.
 Difahamkan beliau akan mengadakan satu sidang media di Hotel De Palma, Ampang dekat sini kira-kira pukul 11 pagi Jumaat (esok). Malah, timbul khabar angin, Azmin akan meletak jawatan dalam parti itu jika Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik semula menjadi menteri besar di Selangor. 
Azmin dalam Twitternya pada Selasa lalu turut mempersoalkan kegagalan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang berlangsung Ahad lepas. "Gagal ke Putrajaya, salah siapa? Ikuti penjelasan dalam masa terdekat." kata Azmin dalam laman Twitternya. 

 Beliau turut dilihat mempersoalkan tindakan Anwar mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram Pakatan Rakyat di Stadium Kelana Jaya di sini pada Rabu yang kononnya diadakan bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan PRU-13. 
"Laungan reformasi harus bermula dengan bisikan dalam hati sendiri. Jangan heret rakyat kalau kita sendiri gagal. Dalam Twitter miliknya lagi, Azmin turut meminta supaya keputusan rakyat pada PRU-13 diterima. 

 "Terima keputusan rakyat. Maju ke hadapan dengan dasar peduli rakyat bukan membuli rakyat demi kesejahteraan dan kemakmuran negara. 
 "Rakyat letih dengan asakan politik melampau. Terima hukuman. Muhasabah diri. Akui kelemahan. Maju ke hadapan. Tumpu rakyat bukan kerabat. Usaha mStar Online untuk mendapatkan komen Azmin gagal apabila panggilan ke telefon beliau tidak berjawab. 

 Pada pilihan raya umum lalu, Azmin berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dengan majoriti 4,734 undi. Azmin dapat 54,827 undi sementara pencabarnya, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Rahman Ismail mendapat 50,093 undi. sumber

[Apakah yang sudah terjadi kepada Azmin agaknya?. Tiba-tiba beliau seolah-olah "melawan tauke" gara-gara gusar namanya tidak naik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. 

Ramai yang melihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam situasi berbahaya sekarang ini jika tiba-tiba Azmin membuat kejutan dengan meninggalkan parti itu. Umum mengetahui beliau amat rapat dengan mantan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sebenarnya. Malah, kecelaruan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat dan PKR sendiri menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini juga dikatakan berpunca daripada tindakan beliau yang menukar mana-mana calon yang tidak menyokongnya pada Pemilihan Parti 2010 yang lalu.

 Akhirnya berpuluh-puluh orang Ketua Cabang yang disyaki  menyokong Zaid Ibrahim ketika itu telah digugurkan di saat akhir sebagai calon PKR. Tempat mereka semuanya digantikan dengan "Calon Wahyu" yang menimbulkan kekecohan di sana sini. Malah, lebih perit lagi apabila PAS, PKR dan DAP terpaksa bertembung sesama sendiri akibat kecelaruan yang berlaku itu. Kini, mungkinkan Azmin mengikut jejak Mahathir untuk kembali semula ke pangkuan UMNO jika dia tidak dilantik sebagai MB Selangor?].
-http://pahangdaily.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena