Thursday, 2 May 2013

Cubaan Melarikan 9 Peti-peti Undi di Negeri Sembilan Pula...

Khamis, 2 Mei 2013

Cubaan melarikan 9 peti-peti undi
Seorang pembantu kepada seorang calon untuk kerusi DUN negeri di Negeri Sembilan telah mengunci 9 buah peti undi dengan mangga tambahan yang dibawanya selain daripada mangga milik SPR.

Beliau adalah seorang wakil calon yang memantau proses pengundian awal olih pengundi-pengundi tentera dan polis disebuah kem tentera.

Dia mula merasa syak dan sesuatu yang tidak kena apabila 9 buah peti undi yang penuh dengan kertas undi yang telah dipangkah itu telah dibawa keluar dari dewan mengundi dengan sebuah kenderaan yang tidak bertanda walaupun terdapat kenderaan milik SPR disana yang ditugaskan untuk membawa peti-peti undi tersebut.
Dia telah mengekori kenderaan yang tidak bertanda yang telah membawa peti-peti undi itu sehingga pertengahan jalan dan menahan kenderaan tersebut, dan dia telah memasang 9 mangga tambahan keatas peti-peti undi itu dan ini telah menyebabkan berlaku pertengkaran dengan pegawai-pegawai SPR yang membawa peti-peti undi tersebut.

Satu laporan polis telah dibuat olih pegawai-pegawai SPR yang terbabit pada tengah malam berhubung dengan kes mangga tambahan itu dan dia telah ditahan olih polis untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan satu jam kemudian.

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah.. sempoiiii !!!
Takbir...Allahuakbar!
 photo banner-kempen-mengundi_zpsbfa43a7e.gif
 photo Header_zps1184082a.gif

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena