Thursday, 9 May 2013

GST - Cukai Baru Rakyat Malaysia Versi Sayangi BN & Apa ke benda GST Tu?

Khamis, 9 Mei 2013
Komunikasi dengan kucing (Bahagian 1)
ScaniaZ
GST ialah  ’Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan .
GST - Cukai Baru Rakyat Malaysia Versi Sayangi BN


Oh My GST. Nah amik duit semua duit dalam poket aku. Tinggalkan sikit untuk aku beli sebentuk cincin. Terbaiklah pentadbiran Najib. Aku sokong BN. Sayang BN. Muah Muah Muah. Kalau kutuk nantikan kena tangkap macam king jason. Sekarang aku sanjung, junjung, tatap muka yang sendayu tinggi semua pemimpin BN yang sangat berkhidmat untuk rakyat.

Nanti mereka akan cakap, untuk mencapai sebuah negara maju seperti amerika, kita mesti mempunyai sumber pendapatan yang tinggi. Okey, masa sudah tiba, macai-macai BN sekarang. Jom membuat ayat cinta berahi untuk rakyat sokong GST.
Lihat GST yang tertera dalam bil





Info Asal : HanyaDiKelate

Apa Itu GST?



Hari ini topik perbincangan hangat di media sosial adalah GST.   Saya pernah membaca sekali lalu saja mengenai GST beberapa tahun dulu tetapi tak berapa faham sangat.  Dulu diwar-warkan untuk dilaksana tetapi ditangguhkan atas beberapa sebab.  Salah satunya sebab pilihan raya.
GST ini akan dilaksanakan juga sama ada setahun ,dua tahun dari sekarang.  Jadi kita kenalah bersedia untuk memahami apa itu GST supaya tak ada salah faham.
contoh barangan
Gambar tiada kaitan – contoh barangan tentera British semasa Peperangan Dunia Pertama


Carian di Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia dibawah tajuk Apa dia cukai barang dan perkhidmatan (GST)?
GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepada konsep nilai ditambah. Ianya dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan di setiap peringkat pengeluaran dan pengedaran dalam rantaian pembekalan termasuk barang dan perkhidmatan yang diimport.

Kemudian saya baca laman web rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia dibawah tajuk Memahami CBP ( Cukai Barang dan Perkhidmatan )

CBP dilevi dikenakan dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. CBP juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.
Pembekalan bercukai adalah pembekalan yang berkadar standard atau berkadar sifar. Manakala pembekalan dikecualikan dan di luar skop bukan pembekalan bercukai. CBP akan dilevi dan dikenakan pada kadar yang dicadangkan 4% ke atas nilai pembekalan.



GST ialah  ’Goods and Services Tax’ atau cukai barangan dan perkhidmatan .
Selama ini kita dikenakan SST iaitu ‘Sales tax and Service tax’ atau cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

GST ini akan mengantikan SST.
SST ini biasanya kita nampak pada bil Astro, bil telekomunikasi, internet, McD, Pizza atau KFC ( sila kembalikan hot & spicy , kami tak suka kpop) pada kadar 6% untuk cukai perkhidmatan (service tax) dan 10% untuk cukai jualan (sales tax).

GST yang dicadangkan  adalah pada kadar 4%  iaitu  lebih rendah daripada SST .
GST belum dikenakan  lagi atau belum menjadi akta,  masih peringkat mengubal.



Apa bezanya GST dan SST?
GST merangkumi segala jenis barangan dan perkhidmatan yang ada termasuk barangan yang diimport.  Cukai GST ini dikutip setiap kali transaksi berlaku. ( Yang ni saya tak berapa faham)
SST pula kebiasaannya dikenakan kepada pelanggan yang membeli barangan daripada kedai/peruncit dan terdedah kepada cukai berganda dan tidak menyeluruh.
GST  untuk setiap barangan dan perkhidmatan kecuali ke atas barangan seperti makanan asas beras, gula, tepung, pengangkutan awam  dan juga ubat-ubatan.
Setakat ni saya dah faham konsep GST ni.  Jom kita sambung sikit lagi…
Kesan GST
Ada barangan yang akan meningkat harga dan ada yang akan turun sedikit
Cukai yang turun adalah cukai yang selama ini kita kena bayar  6%  seperti bil Astro, McD dan telekomunikasi.
Barang yang dulu tak ada cukai seperti barangan elektrik dan komputer akan dikenakan cukai 4%.  Nampaknya macam ada banyak barang yang akan naik!
Cukai akan lebih banyak dikutip.
Kujie/ 8 May 2013

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena