Saturday, 11 May 2013

Mangsa flashmob berdarah ikrar terus berjuang

Sabtu, 11 Mei 2013
Mangsa flashmob berdarah ikrar terus berjuang
Muhammad Faeez Azahar
(YDP PAS Ipoh Timur , Azmi  Murad bersalam dengan Amiruz yang cedera mukanya akibat serangan)

IPOH: “Saya tidak akan serik dan akan  terus berjuang untuk menegakkan syiar Islam di bumi Malaysia ini.”

Demikian tegas Amiruz Zarin Asyraf, 20, yang dipukul oleh samseng Umno dalam tragedi flashmob berdarah di Station 18, Pengkalan Pegoh Ipoh, 4 Mei lalu iaitu sehari sebelum hari pengundian.
(Amiruz ketika sedang mendapat rawatan)
Amiruz cedera teruk di bahagian muka apabila diserang sekumpulan samseng Umno dengan menggunakan objek keras apabila konvoi BN yang diketuai calonnya di Dun Sungai Rapat, Dato’ Hamidah Osman bertembung dengan peserta flashmob menyebabkan suasana menjadi kecoh.

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun beberapa hari sebelum dibenarkan keluar kelma
Amiruz berkata, kejadian tersebut telah menguatkan lagi semangatnya untuk terus berjuang bersama PAS dan Pakatan Rakyat demi menjatuhkan kerajaan zalim yang menindas rakyat.

“Saya berikrar akan terus menentang regim Umno-BN selagi mana nafas saya berhembus. Sata akan terus berjuang menentang mereka selagi nyawa di kandung badan,” tegas anak muda itu dengan penuh semangat kepada wartawan Harakahdaily yang bersama-sama kepimpinan PAS Kawasan Ipoh Timur menziarahi beliau di kediamannya di Taman Temara, Ipoh, semalam.

Katanya, beliau bersama perjuangan PAS adalah untuk menyelamatkan nasib generasi yang akan datang daripada cengkaman kezaliman Umno-BN.

Amiruz menjelaskan, nasib anak cucunya kelak tidak akan dapat di didik mengikut ajaran Islam yang sebenar kerana pentadbiran yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang tidak mengikut cara Islam yang sebenar.

“Generasi akan datang akan menghadapi risiko rosak akidah dan terpesong daripada ajaran Islam sebenar jika BN terus memerintah Negara.

“Anak muda yang dididik oleh Umno sangat tidak berakhlak dan bersifat gansterisme dan ini terbukti dengan terang-terangan yang apa saya hadapi,” jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, Amiruz mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin akan nasib yang dialaminya.

“Tragedi flashmob berdarah menjadi buat mulut masyarakat bukan sahaja di Perak malah diseluruh Negara.

“Saya sangat terharu dengan keprihatinan semua, terima kasih dan teruskan berdoa akan kesejateraan serta keselamatan saya,” ujarnya lagi
Harakahdaily.




0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena