Friday 10 May 2013

Pakatan Rakyat Perak buat petisyen 6 kawasan

Jumaat, 10 Mei 2013
Pakatan Rakyat Perak buat petisyen 6 kawasan
Harakahdaily
Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat Perak akan mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan di enam kawasan pilihan raya di negeri itu.

Difahamkan kawasan-kawasan tersebut adalah Dewan Undangan Negeri (Dun) Manjoi, Manong, Lubuk Merbau, Kamunting, Pasir Panjang dan Selama. 




Gambar Hakim 'PAS' yang akan adili petisyen Nizar (Gambar Fail)
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, petisyen tersebut akan dibuat berikutan terdapat bukti berlakunya penipuan pilihan raya.
Antara penipuan dikesan termasuk warga asing boleh mengundi, orang lain sudah mengundi untuk pengundi yang sah, dan keraguan peratus undi rosak yang lebih tinggi berbanding undi majoriti.
Nizar memberitahu perkara itu ketika berucap di majlis munajat kesyukuran HALWA  Bukit Gantang di Markaz Pas Kawasan Bukit Gantang semalam.
Turut hadir pada majlis itu Naib Yang DiPertua PAS Bukit Gantang Abdul Rahim Ismail.
Pada PRU13 lalu, BN menang 31 kerusi Dun Perak manakala Pakatan Rakyat memperoleh 28 kerusi.
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 5/10/2013 12:23:00 PTG  
Keputusan  6 kerusi PRU 13
N.23 : Manjoi
Mohamad Ziad Mohamed (BN) - 21,511
Asmuni Awi (Pas) - 21, 379
Majoriti - 132

N.35 : Manong
Mohamad Kamil Shafie (BN) - 7,405
Jamil Dzulkarnain (Pas) - 7,174
Majoriti - 231

N.20 : Lubuk Merbau
Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN) - 6,261
Mohd Zainudin Mohd Yusof (Pas) - 6,208
Majoriti - 53

N.16 : Kamunting
Datuk Mohammad Zahir Abd Khalid (BN) - 11,784
Mohamad Fakhruddin Abdul Aziz (Pas) - 10,897
Majoriti - 887

N.51 Pasir Panjang
Rashidi Ibrahim (BN) - 15,153
Rohawati Abidin (Pas) - 14,849
Vijayan Subramaniam (Bebas) - 245
Majoriti - 304

N.05 : Selama
Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff (BN) - 6,854
Mohd Akmal Kamarudin (Pas) - 6,235
Majoriti - 619
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/05/pas-perak-petisyen-pru13-6-dun.html#ixzz2StIbZygy

Perak 2009








0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena