Saturday 11 May 2013

Perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di Ipoh - Siap menunggu kehadiran anda! & Polis Perak Larang Sertai Perhimpunan 505 Medan Astana Ipoh Malam Ini.

Ahad, 12 Mei 2013
Perhimpunan Black 505 Pakatan Rakyat di Ipoh - Siap menunggu kehadiran anda! 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam satu kenyataannya berkata, “Tak perlu permit selagi perhimpunan aman .”

Ismail menafikan bahawa permit polis diperlukan untuk sebarang perhimpunan. Sila baca di sini







Gerai-gerai makanan dan minuman pelbagai juadah dari luar Perak memenuhi ruang di sekitar tempat perhimpunan yang bakal diadakan malam nanti. Semua makan minum kena bayar sendiri ~ bukan percuma! Kah! Kah!
Catatan Oleh alhusseyn pada 4:19 pm

IGP: Tak perlu permit selagi perhimpunan aman





Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menjelaskan bahawa sebarang perhimpunan mesti memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012, termasuk syarat pihak penganjur mesti memastikan ia adalah satu perhimpunan aman tanpa senjata.

Ismail menafikan laporan yang muncul di media malam tadi bahawa permit polis diperlukan untuk sebarang perhimpunan.

Menurutnya, perhimpunan boleh diadakan selagi penganjur memaklumkan dan bertemu pegawai polis daerah, dan ia adalah perhimpunan aman, peserta tidak boleh membawa apa-apa bentuk senjata merbahaya; tidak ada apa-apa bentuk hasutan, provokasi, untuk menggugat ketenteraman.

Penjelasan itu dibuat dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat), ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Ramli berkata berdasarkan kepada petikan jawapan Ismail dalam sidang akhbar semalam, jelas menunjukkan beliau tidak membuat apa-apa kenyataan mengenai keperluan permit.

Laporan media semalam menyebut perhimpunan yang dirancang pembangkang hari ini merupakan perhimpunan haram berikutan penganjur tidak membuat sebarang permohonan kepada polis dan sehubungan itu, polis akan menahan peserta jika perhimpunan itu tetap diadakan. - Malaysiakini


Polis Perak Larang Sertai Perhimpunan Malam Ini.
Helmet Lebai & Haji, Untuk Apa Ni?






JOM KREATIF
Helmet Lebai dan Haji. Untuk apa ni? Untuk Ibadat kepada Allah atau untuk kelirukan dan main-main dengan polis. Polis fikir tak pakai helmet ke masjid, rupanya pakai.. Ada kelulusan SIRIM ke?
Posted by Ibnu Hasyim 


Himpunan BLACK505
Perhimpunan blackout. Yang diadakan di beberapa negeri telah pun sampai ke negeri Perak yang dijadualkan akan berlangsung pada malam ini.
Namun tak semena2 polis telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar yang menghalang orang ramai dari menyertai perhimpunan tersebut.
Perhimpunan blackout ialah perhimpunan yang membantah tata kerja SPR yang dilihat bermasalah di beberapa kawasan pengiraan kertas undi.

Antara isu yang menjadi persoalan orang ramai ialah ;

1. Dakwat kekal yang tidak kekal.

2. Blackout walaupun sekejap tetapi menimbulkan keraguan. Lokasi manjung seperti yang diceritakan oleh saksi kejadian. Meskipun saksi berkata dia tidak menjangka berlaku penipuan tetapi blackout secara tiba2 itu agak meragukan.

3. Peti undi yang lewat tiba. Terutama di kawasan yang bn di jangka kan kalah. Contoh kes di Lembah Pantai.

4. Pengiraan undi yang berulang kali. Di kawasan bn dijangkakan kalah. Yang diminta oleh pegawai SPR sendiri. Menyebabkan keputusan akhir di umumkan begitu lewat. Sehingga jam 1 pagi kita belum ketahui keputusan penuh siapa sebenarnya menang.

5. Tindak tanduk meragukan dari beberapa kakitangan SPR di beberapa lokasi berbeza.

6. Kakitangan PACA dihalang dari menjalankan tugas di beberapa tempat. Contoh lokasi di Tapah. Sebenarnya kes begini melibatkan banyak kawasan di Perak. Beberapa tempat telah dilaporkan menghalang PACA dari melakukan pemantauan. Bahkan ada kakitangan SPR yang lari dengan di bantu oleh polis samada polis bantan atau apa aku tak sure la. Ini meragukan. Nizar telah mencabar keputusan SPR dengan menfilekan petisyen.

Contoh2 di atas ialah contoh2 keraguan. Bukti sedang dikumpulkan bahkan laporan polis telah pun dibuat. Jika sesiapa yang ingin menyalurkan maklumat sila hubungi rafizi ataupun nizar ataupun bersih.

Dan perhimpunan malam neh ialah soladariti. Menunjukkan rasa protes terhadap tata kerja SPR. Ini bukan himpun lawan bn tapi himpun protes SPR.

Tolong faham.
Rujuk amaran polis di bawah neh ;
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/05/polis-perak-larang-sertai-perhimpunan.html#ixzz2SzVj2JZc
Ameno World



Takbir...Allahuakbar

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena