Tuesday 7 May 2013

PAS menang di Terengganu, Sultan tangguh lantikan MB Umno...

Selasa, 7 Mei 2013
PAS menang di Terengganu, Sultan tangguh lantikan MB umno




Mohon Hebahkan: Tn Guru Presiden Ustaz Abdul Hadi minta buat solat hajat & bnyakkan berdoa, insyaAllah kita akan buat protes dn tuntut kembali Terengganu kerana keputusan asal PAS 17, UMNO 15. 

Mainan licik SPR & Umno Terengganu mnyebabkn kita kalah. 
Sekarang Sultan tangguhkn perlantikan MB utk bagi laluan TGHA buat tuntutan dn protes. 
Minta smua banyakkan berdoa dn solat hajat 

Sharp Shooter 
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

BN tak boleh bentuk kerajaan di Terengganu!
Apa yang tersebar di Facebook dan forum selepas PRU-13 tentang apa yang berlaku di Terengganu.
Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada keluarkan kenyataan tadi bahawa keputusan PRU13 di Terengganu sedang diprotes kerana wujud kecurigaan setelah PR mendahului kemenangan dan tewas setelah kiraan semula. Khabarnya, Sultan Mizan sendiri tidak mengiktiraf kemenangan BN di sana.
Terengganu dan Perak antara yang akan diprotes. Tunggu dalam masa 2,3 hari lagi. TG Ayah Cik arahkan ahli dan penyokong buat solat hajat dan banyakkan doa. Mudah-mudahan Terengganu dan Perak milik PR. InsyaAllah. – AnakMudaBangkit
Negeri-negeri lain yang dikuasai UMno telah pulun melantik MB dan Ketua Menteri. Terengganu masih menyepi?

Baca Lagi: http://www.ekeleh.com/bn-tak-boleh-bentuk-kerajaan-di-terengganu/#ixzz2SXJSgeYF 

Presiden PAS ajak semua terima penipuan PRU13 dengan penuh syukur dan sabar?

Lagi mengarut kalau orang nampak Presiden PAS ajak semua orang terima keputusan PRU13 yang penuh dengan penipuan tu dengan rasa penuh syukur dan bersabar, satu persepsi yang sangat dayus.

Harakahdaily melaporkan:   
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. 

"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran. 

"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya. - Hrkh.    

Memang tepat sebagai orang Islam kita kena terima segala ketentuan Ilahi dengan penuh kesyukuran dan kesabaran. Bersyukur kalau kita dapat apa yang kita nak dan bersabar kalau kita tak dapat apa yang kita nak.

Cuma masalahnya, bukan semua keadaan kita kena bersabar dan bersabar pun kena ada had jugak. Kalau dah sah-sah kita kena tipu takkan kita kena terima dengan bersabar jugak.

Harakahdaily juga melaporkan:
"Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran. 

"Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang," katanya selepas diumumkan keputusan BN berjaya membentuk semula kerajaan. - Ibid.
Memang betul apa yang TG Presiden kata tu tapi dalam keadaan realiti sekarang ni statement macam tu tak berapa nak kena, nampak macam kita nak bagi signal yang kita seolah-olah terima menerima penipuan tu.

Nampak macam kita dah takdak apa yang boleh kita buat dah, sekadar menyerahkan kepada takdir semata-mata.

Lagi mengarut kalau orang nampak Presiden PAS ajak semua orang terima keputusan PRU13 yang penuh dengan penipuan tu dengan rasa penuh syukur dan bersabar, satu persepsi yang sangat dayus.

Pada aku patutnya TG Hj Hadi sebagai Presiden PAS kena bertegas tolak penipuan ni dan kena berkeras dengan SPR. Jugak kena mempamirkan iltizam untuk menentang penipuan ni selagi ada jalan.

Macam kata sorang kawan aku "PAS tak sepatutnya harap tuhan buat kerja untuk kita. Ingat tuhan tu balachi kita ka?"

Tambah-tambah pulak dalam keadaan kedua-dua kawan politik kita PKR dan DAP tak terima keputusan PRU13 yang penuh dengan penipuan ni.

mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan yang Pakatan Rakyat (PR) tidak akan menerima keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan dakwaan berlakunya penipuan di dalam proses pengundian.

Anwar, yang diapit oleh para pemimpin utama PR turut menunjukkan kepada para pemberita beberapa bukti dan insiden yang didakwanya sebagai satu bentuk penipuan termasuklah yang dirakamkan menerusi kamera.

Beliau juga turut menegaskan yang PR akan mencabar beberapa keputusan yang melibatkan majoriti sekitar 1,000 hingga 2,000 undi. - mStar.

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2013/05/presiden-pas-ajak-semua-terima-penipuan.html#ixzz2SXKAzdGo




Penjelasan PAS Terengganu Berkenaan Petisyen PRU13 Terjawab
Posted by Addin Deen at 5/07/2013



Ramai yang bertanya saya kononnya ada partisyen di Terengganu yang mana PR sepatutnya menang dengan keputusan 17 kerusi dan BN 15. Dalam hebahan itu TG Haji ABdul Hadi meminta untuk solat hajat dan Sultan tangguh perlantikan MB.

Saya kata semuanya tak benar, tapi masih ada lagi yang tak percaya, malah ada blog menyiarkan kenyataan berkenaan hebahan berkenaan.

Kenyataan yang rasmi yang saya petik daripada facebook Timbalan Persuruhjaya PAS Terengganu 1 adalah seperti berikut:
Sidang Akhbar Badan perhubungn Pas Trg kali pertama slps Pru 13. Ucapn timakasih kpd rakyat ats sokongn yg mningkat kpd 100% bbanding Pru lalu. Pihak Pas sdg mkumpul maklumat utk petisyen. Tq - Ustaz Saitiful Bahri Mamat, Timbalan Persuruhjaya PAS Terengganu 1.
Tak ada apa-apa, sekadar sedang mengumpul maklumat untuk petisyen. Jangan sebar berita yang membuatkan kita syok sendiri akhirnya "frust tunggeng" dengan harapan yang tak akan berlaku!

Satu lagi yang hebahan tak betul berkenaan ada gabungan antara PAS-UMNO di Terengganu. Ini lagi karut. Tak payah bodoh sangat nak hidupkan isu "UG". Itu semua kerja bodoh dan tak ada faedah...

Penangguhan MB di Terengganu macam dulu jugalah.. Dia orang (UMNO) bercakaran sesama sendiri sehingga ada ugut nak keluar UMNO masuk PAS (Itu pun acah aje..)

Kita doakan 'perkelahian' mereka berlarutan sehingga ada yang 'luka, patah dan sebaiknya mampus' terus!!! ~tranungkite.



17-15 di T'ganu, sms tiada kaitan Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Sebaran sistem pesanan ringkas (sms) mengenai kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada menyebut mengenai suasana 17-15 di Terengganu adalah tidak berbangkit sama sekali.

Justeru, Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan bahawa kenyataan rasmi Tuan Guru Presiden PAS hanyalah dikeluarkan menerusi laman web parti, Harakahdaily dan Facebook Tuan Guru.

Tegasnya, pihak Pejabat Presiden PAS tidak bertanggungjawab terhadap siaran kenyataan Tuan Guru di luar dari saluran rasmi berkenaan.

“Sehubungan dengan itu, sebaran sms mengenai kononnya Tuan Guru ada menyebut mengenai suasana 17-15 di Terengganu adalah tidak berbangkit sama sekali,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas kepada Harakahdaily.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena