Friday 5 July 2013

Kenyataan Kedutaan Malaysia di Kaherah: Kesemua pelajar sedang menghadapi peperiksaan semester & 9,101 pelajar selamat

Jumaat, 5 Julai 2013
Maklumat Kedutaan Malaysia di Kaherah
Rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat lanjut dengan menghubungi (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian 00-2-02-37610270 atau 02-37610013/02-37610068 sambungan 141 atau menerusi e-mel di alcairo@kln.gov.my.



Kembali normal
Iskandariah (Mesir): "Alhamdulillah, suasana di sini kembali normal setelah seminggu penunjuk perasaan anti-Morsi berkampung. Cuma kedengaran bunyi helikopter ..



9,101 pelajar M'sia di Mesir selamat...
Seramai 9,101 pelajar Malaysia yang berada di Mesir selamat dan mereka tidak terlibat dengan pergolakan yang sedang berlaku di negara berkenaan.

Menurut jurucakap Kedutaan Malaysia di Kaherah, kesemua pelajar berkenaan pada masa ini sedang menghadapi peperiksaan semester dan tinggal berdekatan dengan universiti masing-masing.

"Buat masa ini, keadaan di Mesir masih terkawal dan tiada sebarang laporan memaklumkan kejadian tidak diingini berlaku kepada pelajar Malaysia di Mesir," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya pihak kedutaan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa dan akan mengambil langkah keselamatan jika pergolakan di negara itu berterusan.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai konflik terbaharu di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohammed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.

Rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk maklumat lanjut dengan menghubungi (202) 37610013/19/68/73 atau Bilik Operasi Kedutaan Malaysia di talian  00-2-02-37610270  atau 02-37610013/02-37610068 sambungan 141 atau menerusi e-mel di alcairo@kln.gov.my.
-Bernama

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena